in

“Last last aku kena campak taik” – Sempat Beli Baju Raya Untuk Ex Suami, Video Zarina Anjoulie Menangis Viral

Ft Anju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar sah bercerai selepas rujuk semula selama 2 bulan dan melalui Instagram, pelakon itu ada berkongsi kesedihan dan luahan hati bersama pengikut.


Melalui IG live yang telah dimuat naik semula di TikTok itu, Zarina atau mesra dipanggil Anju itu menceritakan tentang pengorbanan yang dilakukannya selama ini. Video tersebut menjadi tular dan mengundang rasa simpati ramai netizen selepas menonton.

Berdasarkan video tersebut, Anju berkata dia sempat memberi persalinan baru untuk Hari Raya buat bekas suami dan anaknya, Awangku Gabriel Martin Ezra sebelum mereka berpisah.

Anju sendiri akui tidak membeli baju raya baru untuk dirinya dan telah membelanjakan sehingga RM800 untuk membelikan dua pasang baju Melayu tersebut daripada Omar Ali.

Aku belikan baju raya kau. RM800 dengan baju anak. Ni baju raya kau, aku beli kat Omar Ali. Rm800. Last-last aku kena apa? Campak taik.”

Aku pun tak ada baju sebab haritu aku tak cukup duit. Tapi pengorbanan bini, kau tau apa?”

@hanzhajibangsa2

#fyp #stitch i feel u anju , ??

♬ tetap dalam jiwa sayang – ruangsendu

 

Melalui sebuah video yang lain, Anju sempat menasihati wanita untuk berkahwin dengan lelaki kaya atau lebih berkemampuan berbanding diri sendiri.

Baik kau kahwin dengan lelaki kaya. Kalau dia kutuk, hina, malukan kau pun sekurang-kurangnya kau dapatlah duit, rumah atau kereta.”

Jangan jadi macam aku, bodoh. Satu habuk pun tak dapat sebab kononnya susah senang bersama. Ada lelaki macam tu, tapi satu dalam seribu.”

@hanzhajibangsa2

#fyp #stitch keep strong anju❤️?

♬ Right Here Waiting – My first Music

Sebelum ini Anju dan bekas suaminya pernah bercerai namun pada 2 Mac lepas, dia memaklumkan mereka kembali rujuk. Sehinggalah minggu lepas, dia diceraikan melalui Instagram story Eilyas atau mesra disapa Yas itu.

Baca: “Ada telur kau buat” – Suami Lafaz Cerai Di IG, Zarina Anjoulie Cabar Bagi Talak Tiga

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.