in

Najib Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang kemas Rosmah

Page Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini masih lagi dalam siasatan. Jika sebelum ini, kita sering kali dengar update dari sebelah pihak, kali ni Najib sendiri tampil menjelaskan perkara ini.


Ketika melakukan temu bual bersama Reuters, Najib ditanyakan mengenai barang kemas termasuk set berlian merah jambu bernilai 27.3 juta AS Dollar yang diyakini pihak berkuasa AS ianya dibeli Jho Low mnggunakan dana 1MDB dan diberikan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib
sumber: reuters

Menurut Malaysiakini, bekas PM berkenaan menjelaskan bahawa beliau tak tahu menahu tentang sumber dana yang diperolehi bagi membiayai pembelian barangan kemas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Saya tak tahu dari mana sebenarnya sumber untuk mendanai semua ini.”

Bekas Perdana Menteri itu juga turut memberitahu bahawa beliau tidak menerima hadiah barang kemas yang dijanjikan kepadanya.

“Apa yang saya tahu ialah, apabila saya bertanya kepada isteri saya, dia berkata misalnya dia sepatutnya mendapat satu hadiah tetapi dia tidak pernah menerimanya.”

Selain barang kemas untuk Rosmah, Jabatan Kehakiman AS percaya dana 1MDB digunakan untuk membiayai pembikinan filem terbitan anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya, Rita Aziz.

Najib2
sumber: berita harian

Bukan itu sahaja, di dalam temu bual yang sama, Najib turut memberitahu sumber dana tersebut masih lagi dalam siasatan tetapi beliau enggan menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut.

Tindakan beliau mendiamkan diri mengenai isu 1MDB semasa menduduki Putrajaya juga dipertahankannya memandangkan semua benda yang terjadi berlaku di luar negara.

“Terdapat beberapa soal antarabangsa jika saya katakan sesuatu, kerana saya akan menamakan individu-individu tertentu yang mungkin mempengaruhi hubungan diplomatik dengan mereka.”

Najib pun tak tahu mana datangnya duit tu…

Baca: Najib Nafi Curi Duit 1MDB

Page Najib3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.