in

“RM2,000 setiap sekor” – Tak Boleh Bela di M’sia Tapi Lelaki Terang-Terangan Jual Anjing Pit Bull Tepi Jalan di Ipoh

Pitbull Sale

Bagi yang tidak tahu, anjing Pit Bull tidak dibenarkan untuk dibela di Malaysia dek kerana tahap keganasan haiwan itu. Namun, seorang netizen baru-baru ini terjumpa individu tidak bertanggungjawab yang selamba menjual anjing Pit Bull secara terang-terangan.

Melalui perkongsian Puah Haipoon di Facebook, dia terjumpa seorang lelaki yang menjual anak anjing Pit Bull di tepi jalan dekat Bercham, Ipoh. Bukan setakat jual secara haram, lelaki itu juga turut berlaku kejam dengan mengurung beberapa ekor anak anjing tersebut dalam satu sangkar yang kecil dan padat.

Anjir4

Menurut WOB, Puah berkata,

Saya baru lalu jalan di Bercham, Ipoh dan terjumpa seorang lelaki dengan empat ekor anak anjing Pit Bull yang dikurung dalam sangkar kecil. Anak anjing itu nampak kepenatan kerana terdedah di bawah matahari. Jadi, kami pergi bertanya kerana mahu membeli kesemuanya dan beri kepada orang lain (untuk bela).”

Alangkah terkejut Puah bila dia diberitahu oleh lelaki tersebut harga bagi setiap seekor anak anjing tersebut kerana menurutnya ianya terlalu mahal.

Memang jelas, dia bukan pemilik atau penjaga anak anjing itu semua, tapi dia menjual dengan harga RM2,000 setiap seekor. Kerana harga yang terlalu tinggi, kami terpaksa beredar tanpa dapat membantu haiwan itu.”

Anjir2

Melalui ruangan komen, beberapa netizen berharap agar ada yang membuat laporan polis tentang kegiatan lelaki tidak bertanggungjawab itu. Ada juga yang turut meminta agar anak-anak anjing Pit Bull itu diselamatkan daripada individu terbabit.

Baca: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan

Cats 32

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook