Sesiapa yang bela haiwan peliharaan mesti sayang gila kan lagi-lagi kucing ataupun anjing.
Haiwan-haiwan ni special sikit berbanding dengan haiwan-haiwan lain sebab mudah didekati oleh orang sekeliling.
Dah banyak kita tengok di laman sosial lain menunjukkan tahap kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuannya.
Namun, berlaku kejadian yang sangat memilukan di Thailand dimana seekor anjing Pitbull yang dianggarkan berusia 2 tahun telah mati akibat dipatuk oleh seekor ular kobra demi menyelamatkan keluarga tuannya. Alaa, kesiannyee
Difahamkan, anjing tersebut sedang bunting 10 anak dan ditemui mati di hadapan rumah pemiliknya dengan bekas-bekas gigitan bersama dengan bangkai ular sepanjang 1.2 meter.
Hmm, mesti pemilik anjing tu sedih kan. Harap dia tabah dengan kematian anjing kesayangannya
Baca : “Ada berapa org dlm tu?”-Detik Cemas Polis Trafik Cuba Selamatkan Mangsa Kemalangan Dalam Parit