in

RM109 Juta Dalam 27 Bagasi Najib

Page Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak rumah bekas PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diserbu dan beberapa beg bagasi dirampas, rakyat Malaysia ternanti-nanti akan hasil dan jumlah duit yang terdapat di dalam beg-beg tersebut.


Terbaru, menurut Free Malaysia Today, hasil pengiraan wang tunai yang ada di dalam 27 bagasi didapati jumlahnya sebanyak RM109 juta.

Najib1
sumber: malaysiakini

Proses pengiraan kali kedua mula dijalankan sejak Isnin lalu di Bangunan 238, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan bilik pengiraan yang dilengkapi kamera litar tertutup dan anggota bersenjata api.

Pada hari pertama je, anggota JSJK dengan bantuan 10 kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil masa 10 jam untuk mengira pelbagai mata wang bernilai lebih RM50 juta dalam 11 bagasi.

Najib3 1
sumber: facebook

Sebanyak 15 kotak berisi wang tunai dan 16 bagasi kosong dipindah menggunakan trak polis dan dikawal ketat untuk disimpan di BNM pada 8.50 malam semalam. Proses pengiraan telah diteruskan sejak semalam dan mereka menggunakan 12 jam untuk mengira wang tunai dalam 16 bagasi lain.

Najib2 3
sumber: facebook

Sementara itu, proses pengiraan itu memakan masa kerana nombor siri pada setiap keping wang yang terdiri daripada mata wang ringgit, pound, dolar Amerika dan Singapura perlu dicatatkan untuk kegunaan mahkamah nanti.

Difahamkan polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan mewah dan 72 bagasi dari sebuah kondo tempoh lalu dengan separuh daripadanya berisi wang tunai manakala selebihnya mengandungi barang kemas.

Mak aii! Banyaknya!

Baca: Rumah Ejen Perisik Najib Diserbu Polis

Mxa 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.