Mengikut kajian, lebih kurang 600,000 orang guna pengangkutan awam setiap hari dan ternyata semua orang ni akan senyum sampai telinga lepas baca berita baik ni!
Menurut WORLD OF BUZZ, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyampaikan yang pas bulanan untuk pengangkutan awam tanpa had hanya dicaj RM100 bermula awal tahun 2019 nanti! Berapa bulan je lagi korang!
“Pas bulanan ini adalah untuk menggalakkan lagi ramai orang menggunakan MRT dan juga perkhidamatan bas sedia ada,” jelas Loke.
Kerajaan berharap agar dengan adanya inisiatif ni, Malaysians akan mula menggunakan pengangkutan awam daripada membawa kereta sendiri ke tempat kerja. Benda ni boleh kurangkan kesesakan lalu lintas kat bandar-bandar besar. Kualiti udara pun akan improve gaiss!
Memang excited la Malaysians bila dengar berita ni sebab mengikut anggaran, seorang pengguna berbelanja lebih kurang RM200 sebulan untuk pengangkutan awam bergantung kepada jarak perjalanan masing-masing.
Makin ramailah yang akan guna kemudahan ni so ramai yang berharap agar kerajaan menambah baik kemudahan dan jumlah bas sedia ada untuk menampung pengguna yang makin ramai.
Ini adalah salah satu janji Pakatan Harapan sebelum PRU ke-14 dan dan akhirnya janji ni bakal direalisasikan tahun depan.
Mesti korang tak sabar nak dapatkan pas ni kan, boleh jimat banyak gaiss!
Baca: LRT Lambat Kerana Penumpang Kena Langgar? RapidKL Respon Perkara Sebenar…