LRT merupakan antara kenderaan awam yang paling penting dekat Malaysia ni dan akan sentiasa penuh especially pada peak hour di mana orang berebut nak pergi dan pulang dari tempat kerja.
So, tak hairanlah kenapa ramai yang akan berang dan ibarat cacing kepanasan bila LRT yang ditunggu, lambat tiba sebab akan membuatkan mereka lambat ke office. Baru-baru ni, menurut Malaysian Digest, LRT aliran Kelana Jaya terpaksa dihentikan sementara sebab ada susulan kerja penyelenggaraan membabitkan isu keselamatan di Stesen Damai.
Ada yang sebar berita palsu
Disebabkan delay ni, ada yang sebarkan tweet mengatakan masalah yang berlaku disebabkan oleh penumpang yang kena langgar dan tersangkut bawah tren di Stesen Damai. Tetapi ternyata dakwaan ini adalah palsu!
Respon RapidKL tentang masalah kelewatan
Rapid KL kemudian pantas bagi update di Twitter mereka dan memberitahu sebab sebenar LRT delay adalah disebabkan oleh seorang wanita mengandung yang pengsan dan kemudian terjatuh di trek tren tersebut. Ketika tweet dipost, penumpang tu sedang menerima bantuan perubatan. Mereka juga nafikan ada kemalangan jiwa yang berlaku pada hari tersebut.
Wanita yang berusia 26 tahun tu sedang menunggu tren dan melalui rakaman CCTV, mangsa dilihat dalam keadaan tidak stabil sebelum terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform. Pasukan penyelamat ambil masa kira-kira tujuh minit untuk selamatkan mangsa dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Nampak tak yang dakwaan palsu ni bahaya. Jangan suka-suka sebarkan sesuatu yang kita sendiri tak pasti kesahihannya. So, next time tolong make sure dulu perkara sebenar sesuatu kejadian sebelum sebarkan. Nanti tak pasal-pasal orang percaya dan menimbulkan masalah lain di kemudian hari.
Harap mangsa baik-baik je.
Baca: Lelaki Kongsi Detik Cemas Saat Telefon Pintar Terjatuh ke Dalam Jurang Platform LRT