in

“Risiko amat rendah” – Dengar Macam Lucu Tapi COVID 19 Sebenarnya Boleh Berjangkit Melalui Kentut?

Kentuts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bunyi macam tak logik dan lucu tapi tahukah korang yang sebenarnya virus COVID 19 boleh berjangkit melalui kentut?


Menurut Harian Metro, Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dato’ Dr Alzamani Mohamad Idrose menjelaskan bahawa keadaan ini adalah logik berdasarkan virus COVID 19 memang ditemui dalam najis manusia.

Malah perkara ini juga sedang hangat dibincangkan di luar negara baru-baru ini.

Tambahnya lagi, akibat daripada najis yang mengandungi COVID 19, gas yang keluar dari kentut juga berisiko mengandungi virus maut terbabit.

Virus yang sama juga menurutnya, merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru pesakit yang positif COVID 19.

Namun, sebenarnya risiko jangkitan merebak daripada kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.

“Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.

“Kesimpulannya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan,” katanya.

Pakar Pusat Kawalan Penyakit di Beijing, China juga ada memberikan pandangan bahawa risiko penyebaran virus amat rendah kecualilah kentut tersebut dihidu dari jarak dekat oleh seseorang yang tak pakai seluar.

Lockdown1587459908

Dalam pada itu, pendedahan seorang doktor dari Australia mengenai COVID 19 yang boleh tersebar melalui kentut ini telah mengejutkan banyak pihak.

Malah ada juga doktor yang beri amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh sebarkan bakteria dan menjadi punca jangkitan.

Pun begitu, Dr Alzamani menyimpulkan ini adalah sebab mengapa semua orang harus memakai pelitup muka yang sempurna di tempat awam.

“Nasihat saya, patuhilah SOP, pakai pelitup muka dan elakkan berada di kawasan ramai orang.

“Jika kita lihat kepada trend terbaru, Covid-19 turut menjangkiti orang muda, jadi kita kena lebih berjaga-jaga,” katanya lagi.

Haish lepas ni nak kentut pun kena hati-hati ye. Pakai seluar yang tebal sikit untuk precaution. 

Baca: ‘Total Lockdown’ Dikatakan Akhirnya Menunjukkan Hasil, Kes Harian COVID 19 Turun Ke Angka 5,271

Kes

Sumber: Femina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.