in

‘Total Lockdown’ Dikatakan Akhirnya Menunjukkan Hasil, Kes Harian COVID 19 Turun Ke Angka 5,271

Good

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya, kes harian COVID 19 bagi negara kita menunjukkan penurunan apabila ia mencatatkan 5,271 kes bagi 7 Jun 2021 selepas seminggu negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) total lockdown.

Perkara tersebut diumumkan oleh Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri yang mana ia mendapat pelbagai komen positif daripada netizen.


 

“Alhamdulillah turun!” 

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur selepas negara kita yang hampir mendekati angka 10,000 kes COVID 19 sehari akhirnya menurun ke angka 5,000.

Ramai juga yang mendakwa ini adalah hasil daripada total lockdown yang dilaksanakan kerajaan dan usaha rakyat dalam bersama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sikit Lagi

 

Selangor kekal di tangga teratas dengan lebih 1,000 kes 

Dalam pada itu menerusi infografik yang dimuat naik KKM, Selangor masih lagi di tangga teratas dengan 1,374 kes iaitu menurun hampir separuh daripada jumlah kes harian kebiasaannya yang lebih daripada 2,000 kes.

Ia diikuti dengan Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341) dan Sabah (336).

Kemudian Labuan mencatatkan 209 kes, manakala Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mencatatkan lebih daripada 100 kes sehari. Putrajaya dan Perlis mencatatkan kes terendah dengan lapan dan satu kes hari ini.

Apa-apapun kita masih ada satu minggu lagi tempoh PKP untuk dijalani dan diharapkan kes makin menurun serta kita mampu melawan COVID 19 hingga ke angka 0.

Baca: Virus COVID 19 Kini Tersebar Melalui Udara? Dr Amalina Nasihat Orang Ramai Untuk Buka Tingkap Rumah

Lawan

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.