in

“Rindu gilerrr zaman Boboy!” – Selepas 12 Tahun Menyepi, Peminat Teruja Tengok Naqiu Dalam Gegar Vaganza

Naqiu Boboy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang program realiti Gegar Vaganza, tak lama lagi katanya rancangan ini akan kembali dengan musim ke-6 dan menampilkan barisan artis yang bukan calang-calang juga pada tahun ni.


Antara peserta yang jadi perhatian ramai ialah Naqiu dari kumpulan Boboy yang satu masa dulu agak famous jugaklah dan sebaris dengan kumpulan lain macam New Boyz, Q Face, Spin dan lain-lain.

Biodata Dan Latar Belakang Naqiu Bekas Vokalis Kumpulan Boboy 2
sumber: blog

 

“Selepas 12 tahun menyepi dari dunia glamour, tiba dah masanya saya comeback” 

Menerusi posting Instagram Naqiu, beliau berkongsi beberapa keping gambar photoshootnya yang terbaru bagi program yang bakal disertai tak lama lagi. 

Dia yang kini berusia 33 tahun, berharap agar peminat Boboy terus beri sokongan dan semangat untuknya melakukan persembahan terbaik pada Gegar Vaganza nanti walaupun dah 12 tahun menghilangkan diri.

Wow… masih hebat Naqiu! 

 

“Siapa yang masih simpan kenangan korang dengan saya?” 

Dalam mengimbau kembali kenangan lalu, Naqiu juga minta korang share gambar korang dengan dia semasa zaman sekolah-sekolah dulu! Wah mesti semua dah masuk album ni kan?

Tapi bak kata Naqiu, kompem yang pernah bergambar dengan dia ni dah kahwin beranak pinak dah sekarang.

 

“Hensemnya Naqiu teringat zaman sekolah dulu…” 

Rata-rata netizen yang melihat posting terbaru dari Naqiu ni memang tak sabar-sabarlah nak tunggu rancangan Gegar Vaganza ditayangkan. Malah ada yang cakap Naqiu ni masih lagi kacak macam dulu. Wuu terkenanglah tu masa zaman sekolah dulu! 

Abang Naqiu
sumber: instagram

KLMJ sangat! All the best ye Naqiu dan peserta lain! 

Baca: Throwback: 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda-Mudi Korang Tahun 90an

Thr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.