Dah lama rasanya kita tak dengar cerita tentang Rihana Oksana yang merupakan bekas isteri Sultan Muhammad V kan. Namun, kali ini kecoh lagi tentang isu wanita Rusia ini sebab katanya dia tak nak besarkan anak lelakinya, Leon di Malaysia. Kenapa pulak?
Isu tersebut timbul apabila beberapa hari lepas, bekas ratu cantik ini berkongsi perancangan masa depan bersama anak yang mahu berpindah ke negara lain selepas pandemik ini berakhir menerusi Instagram.
Namun, apabila ada netizen yang bertanyakan di ruangan komen adakah mereka akan tinggal di Malaysia, Rihana menidakkannya.
Menurutnya, negara kita ni tak selamat untuk dijadikan tempat anak tunggalnya itu membesar. Pulak dah. Bagi admin Malaysia masih aman setakat ni.
Rupanya, walaupun dia menyukai masyarakat Melayu negara ini, namun dia tidak berapa gemar dengan sistem pemerintahan beraja dan keadaan politik Malaysia. Tapi, takpe lah, pilihan di tangan dia kan.
Apa pendapat korang, Malaysia ni dah tak selamat ke?