in

Anak Tanya Mana Ayah, Ini Respon Rihana Oksana Sambil Tunjuk Peta Malaysia

Ft Rihana Oksana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana berdepan dengan satu situasi buntu sempena Hari Bapa baru-baru ini setelah ditujukan satu soalan oleh anak mengenai ayahnya.


Menerusi Instagram, Rihana menjelaskan bahawa ketika sambutan itu dilakukan beberapa hari lepas di UK, semua anak menyediakan hadiah untuk diberikan kepada ayahnya di sekolah.

“Tapi memandangkan sayalah ibu dan sayalah ayah, saya juga ada terima hadiah daripada Leon.”

Rihana Oksana 3

Namun begitu selepas menerima hadiah itu, dia disoal oleh Ismail Leon, dimanakah ayah kandungnya.

“Saya rasa tak selesa buat seketika, tetapi saya terpaksa menjawab. Saya telah menunggu soalan ini dan saya kena mencari jawapan yang mungkin akan ditanya berkali-kali.”

“Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo, kerana dia adalah anak tunggal di tadika yang tidak mempunyai bapa.”

Disebabkan itu, Rihana mengambil langkah pantas dengan menunjukkan peta dunia kepada anaknya.

“Saya cepat-cepat tunjukkan Leon peta, saya tunjuk dimana kedudukan London dan dimana kedudukan Malaysia, saya beritahu kepadanya yang ayahnya ada di sana, sangat jauh. Dia tak boleh datang.”

Namun begitu, Rihana ditanya soalan kenapa ayahnya tidak menghubunginya. Jawab Rihana…

“Saya kena elak sebaik mungkin dengan mengatakan ayahnya tak boleh angkat panggilan telefon sebab kat sana tak ada lagi 5G. Jadi, susah nak buat panggilan. Apa itu 5G, anak saya tahu sangat-sangat walaupun umurnya baru 3 tahun.”

Dalam pada itu, Rihana sempat menjelaskan bahawa dia ada berurusan dengan projek pemasangan 5G di Malaysia bersama bekas suaminya itu. Cuma projek itu tidak sempat berlaku sebab bercerai.

Pada akhir posting tersebut, Rihana menyatakan bahawa adalah sangat penting bagi seorang budak lelaki untuk berkomunikasi dengan bapanya.

Baca : “Muka Melayu sangat” – Anak Rihana Oksana Makin Besar, Netizen Harap Ismail Leon Dididik Agama Islam & Belajar BM

Anak Sk Rihana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.