in

“Cantik betul!” – Ramai Teruja Lihat Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan

Sultanah Kelantan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Muhammad V ialah Sultan Kelantan ke-29 dan pernah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15.


Pada 6 Januari 2019, baginda telah turun takhta kerajaan persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dan yang menjadikan baginda yang pertama untuk turun takhta kerajaan persekutuan dalam sejarah negara Malaysia.

Baru-baru ini, baginda berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah pada 2 Ogos lepas.

Semalam, Unit Media Pejabat Sultan Kelantan menerusi laman Facebook rasminya, memuat naik beberapa gambar kemunculan pertama Sultanah Kelantan selepas dikurniakan gelaran tersebut.

KOTA BHARU | 16 Safar 1444H / 13 SEPTEMBER 2022.DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan…

Posted by Unit Media Pejabat Sultan Kelantan on Tuesday, September 13, 2022

Dalam siaran media itu, difahamkan DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Rombongan PKDK itu diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Dalam majlis itu, Sultanah Kelantan disambut oleh Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Manis betul Sultanah Kelantan…

Baca: [TERKINI] Sultan Kelantan Isytihar Nur Diana Petra Sebagai Sultanah Kelantan

Sultn Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.