in

“Rezeki orang baik” – Achey Dapat Hadiah Kereta ‘Ford Ranger’ Sebab Tolong Bisnes Orang

Achey 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang selalu scroll media sosial, pasti tahu tentang perkembangan pelawak terkenal, Achey yang bergiat aktif mempromosi pelbagai jenis produk termasuklah bisnes anaknya, Tiara Candy.


Selain itu, Achey juga selalu mengikuti jelajah negeri bersama seorang pengasas baju jersi iaitu Faris Azri Choii. Dalam beberapa siri jelajah mereka, Faris juga ada membuat cabutan bertuah kereta mewah untuk para pemenang.

Rezeki Achey kerana selalu membantu orang lain, kini dia telah menerima hadiah sebuah kereta ‘Ford Ranger’ daripada Faris. Momen berharga itu dimuat naik oleh Faris melalui akaun TikTok, @farisazrii.

@farisazrii

Aku Surprise Kereta Ford Ranger Untuk Abg @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG Di Khalayak Ramai …

♬ original sound – Faris Azri Choii – Faris Azri Choii

Akaun kena shadowban, minta Achey promote bisnes

Faris menceritakan sebab kenapa dia memberi kereta pacuan empat roda itu kepada Achey adalah kerana akaunnya pernah kena sekat. Jadi, dia tidak dapat mempromosikan bisnesnya di platform tersebut.

Artikel berkaitan: “Kau jangan bazir-bazir Ma” – Isteri Bagi Kunci ‘Mercedes’, Achey Ingat Dapat Kereta Rupanya..

Artikel berkaitan: “Laku keras” – 18,000 Tiara Candy Anak Terjual, Achey Sampai Nak Cari Pekerja Sambilan

Oleh itu, dia meminta tolong Achey untuk membuat content mengenai bisnesnya dan jika sampai pada satu nilai, Faris berjanji akan memberikan Achey kereta ‘Ford Ranger’.

Semasa saya berada di Johor, akaun saya kena shadowban. Saya minta abang Achey tolong blast content banyak-banyak untuk saya. Kalau saya reach satu nilai tu. Saya janji akan bagi ‘Ford Ranger’.

Achey tak pernah berkira tolong orang lain

Achey ketika melihat kereta tersebut, dia terus menangis kerana dia sendiri tidak pernah berharap untuk mendapat apa-apa balasan ketika membantu bisnes baju jersi Faris.

Bila saya buat perkhidmatan untuk satu company, saya akan buat sehabis baik. Kalau company tu layan saya sebagai family. Saya tak kisah, kau nak posting berapa banyak pun. Sampai orang cop muka saya “Kau ni jilat Choii”. Saya tak kisah!.

Tambah Achey, dia tidak menyangka akan mendapat hadiah tersebut kerana dia hanya membantu bisnes Faris.

Apa yang saya buat, saya bantu awak Faris. Tapi, kalau awak balas saya macam ni… macam mana saya nak balas balik?

Faris berkata, dia tidak mahu Achey membalas apa-apa kepadanya kerana kereta tersebut hadiah untuk Achey selama dia membantu mempromosikan bisnes baju jersi.

Di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat reaksi Achey ketika mendapat kereta tersebut dan mendoakan agar bisnes baju jersi Faris lebih maju selepas ini.

Achey 1 Achey 2

Tahniah Achey! Murah rezeki dapat hadiah kereta ni.

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.