“Laku keras”- 18,000 Tiara Candy Anak Terjual, Achey Sampai Nak Cari Pekerja Sambilan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Laku keras”- 18,000 Tiara Candy Anak Terjual, Achey Sampai Nak Cari Pekerja Sambilan

Gula-gula dan coklat anak pelawak Achey, Tiara Zinnirah yang diberi nama Tiara Candy mendapat sambutan begitu menggalakkan apabila sehingga kini ia sudah terjual 18,000 pek.

Melihat bisnes itu mendapat permintaan luar biasa, Achey mengambil keputusan untuk mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.


Menurut Achey, ramai yang menawarkan diri untuk membantunya membungkus Tiara Candy selepas memuat naik iklan mencari pekerja sambilan.

Artikel berkaitan: “3K pack sold out!” – Anak Achey Jual Gula-gula Secara ‘Live’, Habis Dalam Masa 2 Jam!

Pelawak itu berkata, dia membuka peluang kepada pelajar dan mereka yang masih bujang yang ingin bekerja membungkus gula-gula.

Rancang nak jual motosikal

Kata Achey, sehingga kini hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual dan jumlah pemulangan semula juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat.

“Saya buka berapa jualan pun, netizen beli saja. Harga yang kami beri pun agak murah… feedback yang kami terima daripada pelanggan pun semua berpuas hati kerana isinya padat,” katanya.

Mengulas lanjut, Achey mahu mengambil serius terhadap perniagaan yang diusahakan dan sanggup menjual asetnya seperti motosikal untuk membeli van bagi urusan pengambilan stok gula-gula.

“Saya ada kereta pacuan empat roda tetapi kalau hujan susahlah sebab tak berbumbung, jadi saya sanggup jual dua atau tiga buah motosikal saya untuk membeli van bagi kegunaan bisnes,” ujarnya.

Terdahulu, Achey dan isterinya tidak dapat menahan sebak apabila berjaya menjual 3K bungkusan gula-gula dan coklat perniagaan anaknya.

Sumber: mStar

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Laku keras”- 18,000 Tiara Candy Anak Terjual, Achey Sampai Nak Cari Pekerja Sambilan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/laku-keras-18000-tiara-candy-anak-terjual-achey-sampai-nak-cari-pekerja-sambilan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM