in

Terlalu Banyak Letak Susu, Netizen Seram Tengok Teh Tarik Melimpah

Teh Tarik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teh tarik merupakan salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia, terutamanya kalau tengah lepak mamak dengan member kan.


Namun, teh tarik yang dijual di sebuah gerai ini pula telah menyebabkan ramai netizen terasa ‘seram’ gara-gara terlalu banyak susu yang diletakkan dalam minuman tersebut.

Video minuman yang dipanggil teh tarik melimpah itu telah menjadi perhatian ramai setelah dikongsikan di Twitter.

 

Dalam video yang berdurasi lebih kurang seminit 30 saat itu, dapat dilihat susu pekat dalam tin telah dituang secara berlebihan ke dalam setiap gelas minuman tersebut.

Minuman itu pada mulanya dikacau dengan kuat sehingga berbuih dan berkrim sebelum teh dimasukkan ke dalam setiap gelas.

10

Kemudian, serbuk Milo pula ditaburkan ke atas minuman tersebut sehingga melimpah ke luar gelas.

Selain minuman tersebut yang dilihat sangat manis sehingga menyebabkan ramai warganet ‘seram’, netizen turut ‘geram’ melihat banyak air yang tumpah ke luar gelas dan menyifatkan perkara itu sebagai pembaziran.

9

Walau bagaimanapun, lokasi kedai yang menjual teh tarik melimpah itu dipercayai di Indonesia, berdasarkan cara percakapan dalam video tersebut.

Namun, menurut seorang lelaki dalam video tersebut yang meminum teh tarik berkenaan, minuman itu tidaklah terlalu manis setelah dia mencubanya sendiri.

Baca: Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Tips Masak Kari Campur Milo & Nescafe Ini

Kari Milo1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.