in

Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Tips Masak Kari Campur Milo & Nescafe Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang suka memasak, mesti rajin mencari resipi-resipi baru untuk dicuba. Tak kisahlah sama ada melalui buku atau internet, kalau boleh ada saja nak dieksperimen.


Masalahnya sekarang dah kenapa pula ada yang kreatif sangat pergi cuba atau memasak resipi kari kepala ikan guna air Milo, Nescafe dan Teh Tarik?

 

Campur Milo, Nescafe dan Teh Tarik Tak Sakit Perut Ke?

Dalam perkongsian menarik kat Facebook ni, ada pula yang mencadangkan masak kari kepala ikan merah guna bahan-bahan disebut tu.

Eh, macam tak boleh diterima akal pula kalau difikir-fikirkan. Macam pelik je. Ada yang pernah cuba?

Netizen yang membaca pun kembang tekak dan risau juga kalau sakit perut!

Sumber: Facebook

Tak ada la nak kata menu ni mustahil untuk dibuat. Sebab kita pun hari-hari dah biasa kot minum semua jenis air tu.

Masalahnya, bila dicampur dalam masakan tu yang rasa macam pelik.

 

Masakan Tanpa Minyak, Garam dan Santan

Resipi dikreditkan kepada Roziana Ahmad ni dikatakan adalah resipi milik si suami.

Kita tak perlu memasak gunakan minyak, garam atau santan pun. Kira kari sihat la macam tu?

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Kalau ada yang nak mencuba, bolehlah ikut resipi yang ditulis kat bawah ni. Selamat memasak!

Kari Kepala Ikan Merah

1/2 cawan air Milo
1/2 cawan air Teh Tarik
1/2 cawan air Nescafe
Kepala ikan merah
Serbuk secukup rasa 1 sb
Pes asam jawa 1 sb
Tomato, bendi, terung bulat
Bawang merah
Serbuk kari 6 sb
Serbuk cili 2 sb
Daun kari
Lada hitam 1/2 sb

Cara masak:

Panaskan kuali. Masuk 3 jenis air dan biar sekejap. Masukkan bawang, bancuh serbuk kari dan masukkan dalam kuali. Biarkan sekejap sampai rempah masak.
Masukkan air masak 2 cawan, masukkan terung. Baru masukkan ikan dan semua bahan.

Sumber: Facebook
Baca: 9 Resipi Masakan Ayam Buat Anda Yang Diet dan Nak Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.