in

“Ni memang saja cari maut” – Remaja Koma 5 Hari Lepas Minum Boba Tea Dua Cawan Sehari Selama Sebulan

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada orang memang suka sangat minum air manis, bukannya tak boleh tapi kenalah berpada-pada. Lagi-lagi kalau tahu yang minuman tu kandungan gula dia terlampau tinggi macam boba tea.


Ingatkan lepas pandemik ni, takdelah lagi orang yang tergila-gilakan sangat boba tea ni, tapi rupanya ada jugak…

Seorang remaja, Tian Tian koma lima hari kerana ketagih dengan boba tea. Dia punya obses tu sampai dia spend RM60 setiap hari semata-mata untuk pesan air bergula ni.

Bubble Tea Diabetes E1573620952365

Ketagihan remaja ini berterusan sehingga sebulan tau! Menurut ibu Tian Tian, anaknya ini minum dua cawan boba tea sehari sepanjang tempoh tu, lapor Sina.

Pada 2 Mei, Tian Tian telah dihantar ke Hospital Rujin di Shanghai lepas dia ditemui tak sedarkan diri dan terus dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Intensif Kecemasan (EICU) lepas laporan menunjukkan kandungan gula dalam badannya 25 kali lebih tinggi dari orang biasaGilalahhh

93

Laporan turut menunjukkan yang nyawa Tian Tian ni memang dah dihujung tanduk dan dia perlu bergantung kepada mesin pernafasan selepas dia mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kandungan gula yang tinggi dan kerosakan buah pinggang.

Kemudiannya, doktor mendapat tahu yang gadis ini telah mengalami simptom seperti mual, mulut rasa kering, sering nak kencing selama seminggu sebelum koma.

C669 Iurnkpq6409604

Nasib baik, lepas lima hari Tian Tian akhirnya sedar dan disebabkan rawatan yang dia terima ini, gadis tersebut telah hilang berat badan sebanyak 35kg. Remaja ini turut berjanji dengan doktor yang dia tak akan minum lagi boba tea selepas ini.

Selain obses dengan minuman manis, Tian Tian juga tak pernah bersenam dan berat badannya dah mencecah 125kg.

 

Baca: “Dulu beratur sampai tak cukup ruang” – Kedai Boba Di SS15 Yang Laris Sebelum Ini Tutup Kerana PKP

Screenshot 2020 06 09 At 5.00.31 Pm

Sumber: Shape
Sumber: SINA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.