in

“Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya”- Netizen Terhibur Dengan Tweet ‘Humble & Lucu’ Raja Permaisuri Agong

Featured 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup dikenali dengan perwatakan baginda yang lembut dan berjiwa rakyat.


Selain rajin turun padang sehinggakan ke kawasan ceruk kampung, aktif dengan pelbagai kegiatan berunsur kemasyarakatan, baginda juga cukup ramah di media sosial.

Perkongsian terbaru Tunku Azizah di twitter yang memuatnaik gambar bersama Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah berserta kapsyen ‘win’ nya jelas membuatkan netizen terhibur.

Korang baca sendiri kat bawah ni…

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1150888424359862272

maaf…..terdelete kerana tdk check terlebih dahulu samada gambar resmi boleh di share atau tdk …. tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya ! Selamat Pengantin Baru …?

Sejak posting itu dimuatnaik semalam, sehingga kini ia telah mendapat lebih 6 ribu retweets dan lebih 16 ribu tanda likes di twitter.

Raja Permaisuri Agong juga ada berkongsi gambar lama keluarga baginda dan gambar-gambar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1150920556100800512

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1150938064182583296

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1150924807296282624

Tapi part yang paling best sudah tentulah reaksi netizen yang cukup teruja dengan kapsyen dan gambar-gambar yang dikongsikan baginda.

Siap ada yang tanya skincare routine lagi guys.

2 10

3 9
Sumber : twitter

 

Sweet jer kan tengok Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Lobak Merah merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua baginda.

Baca : Sempoi betul Agong; Buat Kejutan Santap Tengah Hari Di KFC, YDP Agong Beratur Order Macam Rakyat Biasa!

Kfc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.