in

Rayuan Diterima, Hukuman Penjara Farid Kamil Diganti Dengan Denda RM5,500

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang semua masih ingat, tiga tahun lalu Farid Kamil telah membuat kesalahan melibatkan jenayah kekerasan terhadap anggota polis serta mengeluarkan perkataan tidak sopan ketika di balai polis.


Akibat dari tindakannya ini, 2 Jun tahun lalu, mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman penjara selama 13 bulan ke atas pelakon merangkap pengarah ini atas kesalahan menggunakan kekerasan dan empat bulan penjara kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Namun semalam, hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya telah pun digantikan dengan denda sebanyak RM5,500 selepas Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membenarkan rayuan ke atas hukumannya itu, lapor FMT.

Farid Kamil Bernama 672X420 1

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira bayaran pampasan yang dibuat oleh Farid Kamil ke atas dua individu termasuk pegawai polis yang dikasarinya dahulu.

Selain itu, Farid Kamil turut meminta maaf atas kesalahannya ketika perbicaraan berlangsung serta mengaku menyesal dengan perbuatannya.

Hukuman penjara 13 bulan yang diterima Farid kerana menggunakan kekerasan telah pun diganti dengan denda RM5,000 dan hukuman penjara empat bulan kerana menggunakan perkataan tidak sopan pula diganti dengan denda RM500.

Farid Kamil yang diwakili dua peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke telah pun membayar dendanya.

 

Baca: Kes Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Dijatuhkan Hukuman Penjara 13 Bulan

Screenshot 2021 08 24 At 12.24.57 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.