in

Kes Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Dijatuhkan Hukuman Penjara 13 Bulan

Farid Kamilz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Datuk Farid Kamil atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.



Menurut Harian Metro, pelakon berusia 39 tahun itu telah berbuat sedemikian pada 11 Januari 2019 pada jam 1.20 tengah hari di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Farid didakwa telah menghalang Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan balai polis terbabit.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman apabila pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, mahkamah juga melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.”

“Oleh itu, mahkamah mendapati Farid Kamil bersalah dan dihukum penjara 13 bulan bagi kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi Seksyen 90 Akta Polis dan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak.”

Namun, Farid Kamil dibenarkan menangguh pelaksanaan hukuman dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Baca: ‘Adakah hang tau aku sapa..?- Farid Kamil Tampar Dan Malukan Polis Depan Orang Awam

Featured 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.