in

“Semoga kuat!” – [VIDEO] Korea Selatan Alami Banjir Terburuk Dalam 80 Tahun, 7 Dilaporkan Maut

Banjir Seoul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, media sosial digemparkan dengan berita banjir teruk yang sedang berlaku di Korea Selatan, banyak tempat di negara itu terputus bekalan elektrik dan ada yang terkandas di jalan raya serta terowong kereta api bawah tanah.


Menurut laporan Berita Harian, sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas hujan lebat berlaku di selatan Seoul dan hujan direkodkan lebih 100 milimeter (mm) sejam pada lewat semalam dengan beberapa kawasan lain di bandar terbabit menerima hujan sebanyak 141.5mm.

@allaboutkdrama08

Buat pertama kali Negara Jiran Seoul di Korea banjir macam ni sekali sekarang Seoul tengah trending di Twitter dan rakyat disana amat takut dengan bencana yang mereka tidak hadapi sebelum ini. Semoga mereka tabah dengan ujian ini #seoul #flood #floodwarning #korea #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #foryourpage #fypgakni

♬ I Hope To Be Happy – Hyung Joo Lim

Difahamkan, rekod tersebut merupakan yang terburuk pernah berlaku di negara sejak 80 tahun dan menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA)  taburan hujan mencecah 420mm setakat jam 5 pagi tadi, beserta ramalan hujan akan lebih lebat.

Di Twitter, ramai penduduk tempatan yang berkongsi detik cemas yang berlaku di sekitar kawasan tersebut dan kelihatan banyak kenderaan yang terkandas di jalan-jalan utama termasuk jalan-jalan kenderaan awam seperti kereta api bawah tanah.

Mesej keselamatan awam dihantar kepada penduduk Seoul pada kira-kira 11.10 malam waktu tempatan (10.10 malam waktu Malaysia) untuk memberi amaran tentang potensi tanah runtuh.

Mereka yang tinggal berhampiran dengan hutan juga dinasihatkan supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

Semoga semuanya selamat! Doa dari Malaysia…

Baca: [VIDEO] Gara-gara Banjir, Pelajar Terpaksa Meniti Batang Paip Untuk Ke Sekolah Di Sabah

Meniti Batang Paip Sebab Banjir Di Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.