in

“Rangup tak”- Dari Perhiasan, Ikan Laga Kini Dijadikan Hidangan Lazat

Ft Laga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak kebelakangan ini ikan laga menjadi kegilaan ramai semula. Rata-rata peminat ikan laga menyukai haiwan itu kerana ia dianggap sebagai satu perhiasan yang sangat menarik.


Harganya pula boleh didapati dari serendah RM15 hingga mencecah ribuan ringgit bergantung kepada nilai yang ada pada ikan itu.

Tapi baru-baru ini tular pula mengenai ikan perhiasan itu yang digoreng dan dijadikan lauk!

Capture 3 2 1

Menerusi perkongsian minggu lalu oleh pemilik Instagram di Indonesia @ikanparet_id, ikan laga itu telah siap digaul dengan tepung dan sedia untuk dimasak.

Alahai comelnya! Macam mana la disiangnya ikan tu!

Gambar yang telah tular itu juga menunujukkan ikan itu akhirnya turut digoreng dan sedia dihidang.

Ikan laga atau ikan betta selalu hanya dijadikan perhiasan sahaja, jadi posting yang dimuat naik itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak senang dengan gambar itu, lapor mstar.

Capture 1 3 4

Kebanyakkan mereka tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut mereka apabila melihat ikan perhiasan tersebut diperlakukan begini.

Apa la rasa ikan tu, ada macam ikan bilis tak. Min tak nampak isi pun…

 

Baca : “Ikan melompat masuk mulut” – Hampir Maut! Pemancing Tercekik Ikan Hidup Semasa Memancing

Ikan

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.