in

[VIDEO] “Dengan aku menjerit sekali!” – Kanak-Kanak Cuba Makan Ikan Mentah Yang Baru Lepas Dibawa Naik Darat

Ft Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelakuan kanak-kanak kecil seringkali menjadi perhatian orang dewasa kerana pada usia yang masih muda, mereka mempunyai semangat ingin tahu yang sangat tinggi.



Kalau perasan daripada segi soalan yang diajukan sampailah perangai mereka, kadang-kadang tak tercapai dek akal kita yang dewasa ni.

Tapi nasib baik lah masa zaman kita kecil-kecil, pemilikan alatan teknologi seperti video kamera terbatas kepada golongan yang berkemampuan sahaja, kalau tak habislah semua kantoi perangai masa kecil dulu!

Macam si kecil ni, gelagatnya yang berjaya dirakam itu membuat ramai netizen terhibur!

Video tersebut pada mulanya hanya dikongsikan di akaun Facebook ibunya, Nur Shahera mula tular selepas dikongsikan oleh ibu saudara kanak-kanak itu.

 

“Ni sushi ke sashimi?”

Menerusi perkongsian tersebut di akaun Twitter milik Azyan Syazwani, kanak-kanak itu yang juga merupakan anak saudaranya dikatakan cuba untuk memakan ikan mentah.

Kejadian yang dikatakan berlaku dua hari lepas di Rantau Panjang, Kelantan membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak ni.

Wah dik, kecil-kecil dah taste negara Jepun ya!

Video tersebut menunjukkan ikan baru dilepaskan daripada jala setelah dibawa ke darat.

Melihat gelagat si cilik itu, perbuatan kanak-kanak tersebut dirakam ketika dia sedang syok tengok ikan-ikan kecil tersebut.

 

Terus kena ‘ngap’

Pada mulanya kanak-kanak itu dilihat mengambil ikan tersebut dan hanya sekadar melihat haiwan itu.

Biasalah curious, selalu nampak yang sudah masak je.

Tapi tanpa disangka-sangka ikan yang sudah berada di tangan kanak-kanak itu, dimasukkan pula ke dalam mulutnya.

Apa lagi terkejut la semua!

Perkongsian di Twitter itu ternyata mendapat reaksi ramai netizen, yang rata-rata turut sama menjerit melihat ‘aksi’ adik itu.

 

Capture 19

Ketika ramai yang terkejut melihat gelagat kanak-kanak ni, tak kurang juga yang turut memuji skill pegang ikan yang dimiliki adik ni. Macam mana? Dah boleh join geng kaki pancing tak?

Baca : Rangup tak – Dari Perhiasan, Ikan Laga Kini Dijadikan Hidangan Lazat

Capture 1 8 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.