in

Majlis Kahwin Beri Ikan Laga Sebagai ‘Doorgift’ Buat Pengunjung Bingung

Cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Disember boleh dikatakan sinonim dengan majlis perkahwinan. Menjelang penghujung tahun, pasti ramai rakan atau saudara terdekat kita yang melangsungkan majlis perkahwinan atau majlis pertunangan.


Di majlis kahwin pula, tuan rumah kebiasaannya akan memberikan cenderahati atau doorgift buat para tetamu sabagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Pelbagai jenis doorgift yang kita boleh lihat pada hari ini. Daripada bunga telur, sehinggalah ke makanan seperti roti dan kicap. Namun, sebuah majlis kahwin di Kota Tangerang Selatan, Indonesia mendapat perhatian ramai kerana doorgift yang diberikan agak lain daripada yang lain.

Beri doorgift ikan laga

Dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Agatha, dia berkongsikan pengalamannya menghadiri sebuah majlis kahwin yang memberi ikan laga sebagai doorgift. Unik!

Dalam video tersebut, terlihat ikan laga yang diletakkan dalam bekas lutsinar diberikan kepada orang ramai. Turut kelihatan para pengunjung yang dilihat agak terkejut dan bingung dengan doorgift yang unik ini.

3 5 3

2 9 1

Menariknya, pengunjung diberi kebebasan untuk memilih ikan laga yang diminati. Di penghujung video, gadis ini sempat berseloroh mahu melaporkan perkara ini kepada PETA. Macam-macam hal!

4 6 1

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pihak majlis kahwin yang memilih ikan laga sebagai doorgift mereka.

“Pergi kenduri mau happy, malah diberi tanggungjawab”, komen seorang warganet secara berseloroh.

Video penuh:

@arigathankss_

hehe pulang pulang mengemban tanggung jawab #Sefleksibelitu #weddingtiktok #cupang

♬ Yamet Kudasi – @dewiismah

Kredit: Agatha

BACA: Kental! Lelaki Selamba Sambung Makan Di Majlis Kahwin Walaupun Dewan Terbakar

Capture 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.