Menara TM dengan ketinggian 55 tingkat kini dijual!
Berita tergempar itu telah diiklankan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) sendiri yang menawarkan bangunannya aset milik mereka yang terletak di pusat koridor di kawasan KL Sentral-Bangsar.
Menurut Berita Harian, iklan ini disiarkan menerusi keratan akhbar berbahasa Inggeris siang tadi. Walau bagaimanapun, harga Menara TM yang telah menjadi salah satu bangunan ikonik di ibu negara itu tidak didedahkan.
For Sale .. Menara TM pic.twitter.com/Eawief3FOC
— SpecialOne769 (@SpecialOne769) February 9, 2022
Oleh itu, tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan menara yang siap dibina oleh Telekom Research & Development Sdn. Bhd. pada 2001 itu akan dibuat pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini.
“Mintak jadikan Avengers tower!”
Dari iklan yang dibuat, tawaran tersebut termasuk dengan menara pejabat 998,000 kaki persegi, pusat konvensyen seluas 92,431 kaki bersegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan juga masjid.
Sementara itu, di laman Twitter, kecoh reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan berita yang dikeluarkan oleh TM. Malah mereka turut bergurau dengan mengatakan supaya Tony Stark ataupun Marvel untuk beli menara tersebut dan menjadikan ia sebagai Menara Avengers. Amboiii!
Bukan itu sahaja, turut ada juga yang bersedih kerana mereka menyifatkan Menara TM itu merupakan salah satu mercu tanda di ibu negara dan tak kurang juga yang menyoalkan kenapa bangunan tinggi itu dijual selepas lebih dari 20 dekad dibina.
Teringat dulu kecik-kecik, kalau dah masuk KL selain dari KLCC dengan Twin Tower KL memang selalu aim menara TM ni untuk cam jalan. Hehehe…
Baca: Tular Dakwaan Berlaku Vandalisme Di Menara Merdeka 118, Tapi Warganet Kata Sebaliknya?