in

Tular Dakwaan Berlaku Vandalisme Di Menara Merdeka 118, Tapi Warganet Kata Sebaliknya?

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Malaysia kini berada di mata dunia apabila Menara Merdeka 118 diiktiraf sebagai menara yang kedua tertinggi di dunia. Untuk rekod, Merdeka 118 berketinggian 678.9 meter.


Meskipun pembinaan Merdeka 118 menerima pelbagai reaksi daripada ramai pihak, menara ini boleh dikatakan sebagai mercu tanda baharu di Kuala Lumpur. Namun begitu, timbul isu berkenaan menara ini apabila bahagian puncak Merdeka 118 dikatakan telah diconteng oleh pihak tertentu.

Menerusi satu ciapan di Twitter, akaun Skyscrapers MY ada memuat naik dua gambar puncak Merdeka 118 yang dilihat diconteng dengan tulisan putih.

1 1 2

2 1 5

Ciapan ini mendapat pelbagai reaksi, ada yang beranggapan ini adalah satu bentuk vandalisme, lebih-lebih lagi menara ini baru sahaja siap dibina. Ada juga warganet yang berseloroh dengan mengatakan ini adalah vandalisme yang tertinggi di dunia.

B 1

C 2

Namun dari sisi lain pula, ada yang mendakwa contengan seperti ini adalah normal dalam dunia pembinaan. Malah, ada warganet berpendapat ini adalah satu bentuk penghargaan kepada pekerja pembinaan kerana mereka berjaya menyiapkan menara ini.

E

D 1

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berpendapat tulisan pada puncak tersebut tidak mengganggu keutuhan Merdeka 118, jadi isu ini tidak perlu diperbesarkan.

A 2

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: Kerja Separuh Jalan! Kenali 4 Menara Pencakar Langit Yang Kini Tersadai & Terbengkalai

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.