in

Ramai Terhibur Tengok Gelagat Dr. Maszlee Dan Tun M di Jepun!

Comelnyaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam ni lah jadinya bila Yoda mengeluh sebab Chewbacca ingatkan supaya jangan lupa masuk mesyuarat Kabinet!


Selalunya kita tengok menteri-menteri kita serius je dalam Parlimen dan majlis-majlis formal. Jarang nak dapat peluang tengok dorang bergurau senda macam dalam gambar ni!

Semalam Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memuat naik beberapa keping gambar di media sosial beliau menunjukkan gelagatnya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ketika lawatan kerja di Jepun. 

38698834 2219419051462689 3017522989991198720 N
sumber: facebook
38693328 2219419048129356 3565962396402974720 N
sumber: facebook

Dalam gambar tersebut Dr. Maszlee dan Tun Mahathir dilihat cuba memakai topeng watak-watak dalam filem popular Star Wars. Dr. Maszlee mencuba topeng untuk watak Yoda manakala Tun Mahathir pula mencuba topeng watak Chewbacca. Comelnya!

Entri Dr. Maszlee juga menulis bahawa dorang sempat berseronok ketika membuat lawatan ke sebuah fasiliti yang menyokong program lepasan sekolah, Tech Park Kids. Kat tempat tu kanak-kanak boleh menimba ilmu sambil berseronok.

38693279 2219419054796022 6165222173821632512 N
sumber: facebook
Q 1
sumber: instagram

Antara beberapa aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti pembinaan robot berteknologi tinggi, pembikinan filem dan seni kraf. Tun Mahathir, Dr. Maszlee dan wakil dari Wisma Putra kini berada di negara Matahari Terbit tu dalam satu lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.

Rata-rata yang tengok gambar tu terhibur dengan kecomelan dua orang menteri kita ni. Ramai jugak yang langsung tak sangka yang Chewbacca tu Tun Mahathir!

Comel
sumber: instagram
Tak Sangka
sumber: instagram

Semoga lawatan ni akan membawa lebih kebaikan kepada pendidikan negara. May the force be with you!

Baca: Menteri Pendidikan Dipuji Buat Spot Check

Aasd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.