in

“Ramadhan Tanpa Bazar” – Terengganu Batal Semua Bazar Ramadhan Tahun Ini!

Untitled Design 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramadhan yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia selain daripada mengejar dan mengumpul pahala bagi umat Islam, bazar ramadhan juga dikirakan tarikan utama pada bulan Ramadhan. Bukan hanya beragama Islam bahkan kaum lain juga akan turut sama memilih pelbagai jenis juadah makanan yang ada.


Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan untuk membatalkan bazar ramadhan di seluruh negeri itu susulan isu Covid-19 dan bagi mengelakkan penularan wabak itu. Perkara itu dikongsikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di twitternya hari ini.

Statement Mb

Pengumuman itu sebelum ini dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Dr Alias Abdul Razak pagi tadi dan keputusan pembatalan tersebut dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu.

Kewujudan bazar Ramadan itu boleh menyebabkan risiko berlakunya kontak rapat seterusnya memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula virus Covid-19 dan merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak itu sepenuhnya”

Oleh itu kami bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini membatalkan penganjuran bazar Ramadan berasaskan kepada klasifikasi bazar Ramadan yang tidak termasuk dalam kategori ‘essential services,” – Dr Alias Razak

Kerajaan Terengganu menyarankan agar peniaga mengambil alternatif seperti menjual secara atas talian atau mengambil servis dengan FoodPanda, Grabfood dan segala servis penghantaran makanan.

Kesian dorang, tapi nak buat macam mana? Demi melawan COVID-19

Saranan daripada kerajaan kepada semua peniaga bazar Ramadan untuk membuat persediaan, akibat pembatalan itu dengan mempertimbangkan alternatif kaedah perniagaan lain, lapor Harian Metro.

Walaupun menjejaskan pendapatan peniaga bazar, netizen masih lagi memberi komen dan pandangan yang positif untuk menaikkan semangat mereka.

Comment 1 Censored 1

Comment 2 Censored 1

Comment 3 Censored

Mari sama-sama kita berdoa agar Malaysia kembali pulih.

 

Baca: [TERKINI] Hari Ini Mencatatkan 7 Kematian Manakala Kes Baru Covid-19 Adalah Sebanyak 150

Annotation 2020 03 30 154144 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.