in

[TERKINI] Rakyat Malaysia Yang Nak Tunai Umrah Perlu Dapatkan Dos Penggalak – KJ

Ft Kj Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci perlu mendapatkan dos penggalak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media KKM hari ini.


Ini susulan dengan varian Omicron yang kini semakin menular di seluruh negara, jadi mereka harus kuarantin sendiri di rumah setelah pulang nanti.

Kata beliau banyak kes yang positif pada hari pertama dan disahkan negatif pada hari kelima. Jadi, penting untuk mereka yang baru tiba dari negara berisiko tinggi untuk melakukan ujian kendiri setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

Jelas beliau lagi, kes di negara Arab Saudi kini sedang meningkat, jadi jemaah umrah yang baru pulang ke Malaysia juga harus memakai satu peranti digital.

Selain itu, beliau turut menasihatkan semua syarikat yang tawarkan pakej umrah mintak semua dapatkan booster shot

Malah, KKM juga mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberikan seawal 3 bulan selepas dos kedua untuk semua jenis.

 

Baca : MySejahtera Kini Boleh Kesan Kontak Rapat Covid-19 Dengan Update Terkini – KJ

2Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.