in

Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Luar Negara Tidak Akan Dikuarantin Di Rumah Lagi – Ismail Sabri

Page 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang baru sahaja pulang ke Malaysia dari luar negara tidak lagi akan dikuarantinkan di rumah, kata Menteri (Kanan) Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi. Ia akan mula berkuat kuasa mulai Jumaat ini (24 Julai 2020)


 

Bukan lagi dirumah tetapi di pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan

Mereka yang terlibat haruslah menanggung kos untuk prosedur kuarantin wajib selama 14 hari di stesen sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini

Menurut Sinar Harian, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin.

“Susulan keputusan itu, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia juga tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan kerana mereka akan terus dikuarantin. Bagaimanapun, rakyat asing perlu jalani ujian swab Covid19 di negara asal,” katanya.

Ia berikutan dengan kes individu yang melanggar SOP kuarantin di rumah.

“Tindakan mereka ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun mendakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

 

Baca : “Please lah jangan menyusahkan orang” – Dah Lah Tak Kuarantin, Makcik Selamba Keluar Merayau Pergi Makan Dekat Kafe!

Ambulance

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.