in

“Please lah jangan menyusahkan orang” – Dah Lah Tak Kuarantin, Makcik Selamba Keluar Merayau Pergi Makan Dekat Kafe!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor menzahirkan rasa kesal menerusi Twitter terhadap sikap seorang rakyat Malaysia yang gagal menuruti perintah kuarantin diri di rumah oleh KKM.


Makcik itu dilihat masih memakai wristband berwarna merah jambu di pergelangan tangannya yang membawa maksud wajib kurantin diri dirumah jika baru lepas pulang dari luar negara.

 

Shame on you Ms.”

Ia telah mengundang kemarahan orang ramai dan rata-rata menyalahkan pemilik premis itu kerana dianggap macam tak ambil berat kerana menerima pelanggan seperti ini datang ke kedainya.

Disebabkan itu, peniaga di kawasan kejadian yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak ini tampil memberi respon berkenaan dengan kes makcik tersebut.

 

Dah call Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya pasal maklumat mak cik ni . Tapi tak boleh dedahkan katanya . Mereka masih siasat kes ni .” – Peniaga

Katanya, ketika dia nampak makcik ni datang makan di tempat dia berniaga, dia dah mula rasa tak sedap hati sebelum gambar ini viral di media sosial.

Tambah peniaga yang mesra digelar sebagai Kak Nurul ini, dia dah menghubungi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk bertanya maklumat pasal makcik tu. Namun, pihak jabatan tidak boleh mendedahkannya.

Pengawai kesihatan ada datang ke kafe Kak Nurul untuk membuat siasatan pasal makcik ni. Kini pihak mereka sedang mencarinya untuk tindakan undang-undang kerana langgar arahan. Bagaimanapun, makcik tersebut disahkan negatif.

Pun begitu, ia mendatangkan kemarahan orang ramai termasuk Kak Nurul sendiri kerana tidak peka bahawa tindakan makcik itu lakukan telah mengundang kebimbangan orang ramai.

Dari semalam lagi sebenarnya dah rasa tak sedap hati . Rasa tak senang duduk . Ya Allah sekali Viral ada gambar mak cik…

Posted by Nurul Chu Hada Karim on Ahad, 19 Julai 2020

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ada menyuarakan pendapatnya menerusi Facebook dengan menegaskan bahawa dirinya kurang senang dengan keberkesanan perintah kuarantin wajib di rumah sendiri untuk mereka yang baru pulang dari luar negara.

Kes-kes macam ni yang buat saya kurang senang dengan keberkesanan perintah kuarantin wajib di rumah sendiri bagi mereka…

Posted by Najib Razak on Ahad, 19 Julai 2020

Harap lepas ni fikirlah kesannya sebelum buat sebarang tindakan. Tak lama mana pun, 14 hari je.

 

Baca : [TERKINI] Kerajaan Cadang Majikan Sediakan Waktu Kerja Anjal & Benarkan Kerja Dari Rumah – PM

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.