“Rakyat Malaysia Masih Prihatin Walaupun Tanpa Buka Mulut”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Admin happy betul kalau baca kisah-kisah yang baik macam ni. Bila baca je mesti hati ni rasa tenang dan bersyukur sangat sebab ternyata masih ada lagi orang baik dekat luar sana. Bukan la nak kata semua jahat, tidak… Cuma kita sebagai rakyat Malaysia kena la sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling kita. Bantu orang yang perlu dibantu sebab tolong-menolong kan amalan mulia..

Viral di Twitter kisah seorang wanita menceritakan bagaimana dia membantu seorang pakcik yang agak berumur sewaktu dia dalam perjalanan balik ke rumah semalam. Nak tahu apa jadi?

“I cannot see infront. I can only see shadow”.

Katanya dia otw balik ke rumah dari Nu Sentral nak ke Puchong. Masa dia nak keluar je dari Monorel tu ternampak seorang pakcik ni macam susah nak turun tangga. Dengan pantas wanita ni pergi ke pakcik tu dan bertanya “uncle can you see? Hold my hand. I’ll help you. Where are you going to?”. Then uncle tu jawab “oh i hold your hand aa im going to star lrt. I lost my sight. I cannot see infront. I can only see shadow”.


Sumber:Google

Rupanya, uncle ni buta. Ya Allah mulia betul hati netizen yang tolong ni.

Apa yang buat wanita ni lagi sebak sebab uncle ni keep on cakap sorry sebab dia tak nampak, dan dia tak minta untuk jadi buta…

Bagi tempat duduk

Apa yang lagi menarik, masa wanita ni jalan dan iring uncle ni, ke tempat duduk nak tunggu LRT, ada akak dan suami dia yang tengah duduk dekat kerusi tu automatik bangun dan bagi tempat duduk dia. Tak cukup dengan tu, bila LRT sampai, semua dahulukan wanita dan uncle ni masuk dulu dalam LRT dan penumpang yang ada dalam LRT terus bagi tempat duduk dekat uncle yang buta ni. Wow kagumnya admin dengan rakyat Malaysia ni!

Yang mengejutkan lagi, bila uncle ni nak turun dari LRT, ada lelaki bersubang dan bertatoo ni pula yang pimpin tangan uncle ni keluar dari LRT. Tak cukup dengan tu, masa uncle otw ke tangga, wanita yang tolong tadi sempat nampak 2 orang amoi berlari pergi dekat uncle tu dan pimpin tangan dia untuk naik escalator.

Wow, berturut-turut rakyat Malaysia bantu uncle ni. Dari akak laki bini tu bangun tempat duduk, bagi laluan masuk LRT, bagi sit, iring keluar sampai nak naik escalator balik. Masih ramai yang baik, baik muda mahupun tua.

Ramai juga netizen-netizen di Twitter yang bangga dan terharu dengan sikap rakyat Malaysia yang prihatin ni.


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Admin doakan semoga semua kebaikan yang kita buat dibalas dengan kebaikan dan semoga rakyat Malaysia terus prihatin di tahun baru 2019 ni!

Baca: Tular Gambar Remaja di LRT, Ramai Geram Kenapa Tak Tegur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.