“Rakyat adalah tuan, pemimpin sebagai pelayan”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kemenangan mengejut Pakatan Harapan dalam PRU14 ni boleh dikatakan sebagai pengajaran terbesar kepada kita semua. Bukan je dekat rakyat tapi pemimpin jugak diingatkan supaya jangan mempermainkan hak rakyat. Sekali rakyat bangkit, yang kekal di atas pun boleh tumbang dengan serta merta.

 

Harus berlaku adil dan jujur kepada rakyat

Menurut Malaysiakini, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berpendapat realitinya kini rakyat adalah tuan dan pemimpin pulak sebenarnya sebagai pelayan. 

“Sentiasalah berlaku adil dan jujur kepada rakyat, berkhidmat untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat,” titah baginda ketika Istiadat Pergurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang dan Exco semalam (15 Mei).

Sumber: MK

 

Kini tumpu agenda bangunkan negara dan bela nasib rakyat

Tambahnya lagi, memandangkan PRU14 pun dah berakhir, baginda berharap agar kerajaan negeri dan semua pihak yang berkenaan dapat tumpukan kembali perhatian soal hal nak bangunkan negara dan bela nasib rakyat di Pahang.

​​​​​​“Rakyat telah pun bersuara, pepatah orang lama dahulu berpesan, biduk lalu kiambang bertaut, ini bukan masa kita mengimbau zaman silam sebaliknya saya berkehendakkan semua wakil rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik bekerjasama sebagai kumpulan untuk membela nasib rakyat di negeri ini,” kata baginda. Indahnya susun bahasa Tuanku! 

Sumber: Blog

Tengku Abdullah jugak meminta rakyat semua berhenti berkelahi antara satu sama lain dan bersatu padu membina masa depan yang baru dalam kerjasama dengan kerajaan pusat yang baru. Perbezaan politik jugak menurut baginda tak boleh dijadikan sebagai sebab yang halang kemakmuran sebuah kerajaan. Betul tu! 

“Nasihat saya carilah titik persamaan terlebih dahulu dan selanjutnya sebarang perbezaan ditangani dengan secara bijaksana lagi berhemah. Hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri amat ditagih bagi memastikan kelancaran pembangunan negeri Pahang,” titah Tengku Abdullah.

 

Masih belum ada calon MB Pahang dan Exco

Buat masa ini, kerajaan negeri Pahang masih belum dibentuk dan perlantikan jawatan Menteri Besar dan Exco jugak tak boleh dilantik dengan sewenang-wenangnya oleh Sultan. Bagi baginda, kesemua jawatan ni ada tanggungjawab yang besar kepada negara dan tak boleh sesuka hati dilantik sebab takut menjejaskan kelangsungan negeri.

Pada masa yang sama, Tengku Abdullah sempat rakamkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri ke-7 dan berharap negeri Pahang dapat perhatian sama macam negeri yang lain jugak.

Admin teringat petikan dalam buku sejarah yang bertulis, rakyat tu bagaikan akar dan raja pulak pohonnya. Kalau tak ada akar, pohon takkan mampu berdiri. Sama-samalah kita renungkannya. 

Baca: 14 Perkara Yang Berlaku Sejak Pakatan Harapan Ambil Alih Kerajaan 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!