in

Rakaman CCTV Dedah Taktik Kumpulan Penyeluk Saku Curi Telefon Bimbit Dalam Masa 10 Saat di Pavilion

C 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu rakaman CCTV dimuat naik di Facebook menunjukkan satu kumpulan penyeluk saku yang terlatih dan profesional sedang ‘beraksi’ di sebuah kedai di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.



Difahamkan, rakaman itu dimuat naik oleh rakan kepada mangsa:

“Pada 11 Mac, kira-kira jam 7 malam, telefon bimbit rakan saya telah dicuri di salah sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur.”

“Berdasarkan rakaman CCTV berkenaan, kami sudah pun menjadi sasaran kumpulan penyeluk saku terdiri daripada 4 orang itu sejak awal lagi. Mereka mengikuti kami ke dalam kedai namun kami tidak mengesyaki apa-apa pada ketika itu.”

“Di dalam kedai kami berpisah dan pada ketika itulah kumpulan tersebut memulakan langkah dan mengikuti rakan saya.”

Z1 4
sumber: bojio buddy

“Ketika rakan saya sedang membelek pakaian di dalam kedai itu, ahli kumpulan yang pertama mendekati rakan saya dan secara tiba-tiba merampas baju yang dipegang oleh rakan saya. Tindakannya itu menyebabkan rakan saya sangat terkejut dan perhatiannya terganggu dengan apa yang berlaku.”

“Pada ketika itulah, ahli kedua pula menyeluk tangan ke dalam beg tangan rakan saya dan mencuri telefon bimbit sambil menutup tangannya dengan sehelai baju yang dipegang.”

A2 3
sumber: bojio buddy

“Ahli kedua itu kemudian berikan telefon itu kepada seorang lelaki yang berdiri berdekatan dengan mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari kedai diikuti oleh 3 lagi ahli yang lain.”

A4 2
sumber: bojio buddy
A5 2
sumber: bojio buddy

“Mereka tak nampak seperti orang tempatan. Jadi, berwaspadalah dengan keadaan sekeliling anda.”

Make sure korang lebih peka selepas ini. Siapa tahu, anda mungkin sasaran seterusnya!

Tonton taktik licik kumpulan penyeluk saku itu di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.