in

Raih 3 Emas, Jurulatih Buka Cerita Dik Wan Tetap Nak Join Walaupun Tengah Cedera Groin Putus

Dekwan Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru lima hari temasya Sukan Para Asia 2018 berlangsung di Jakarta tetapi atlet pelari pecut negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya buktikan kehebatannya dan berjaya raih 3 emas untuk negara. Wow!


Juara Paralimpik Rio yang mesra dipanggil Dik Wan tu meraih emas ketiganya menerusi acara lompat jauh T36 (celebral palsy) sekaligus berjaya pecah rekod dengan catatan 5.49 meter!

Bukan tu je, menurut ProjekMM, ketika acara yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tu, Dik Wan berjaya melakarkan rekod baru Asia dengan catatan masa tersebut!

Dekwan 3
sumber: twitter
Dekwan 1
sumber: projekmm

Emas pertama diperoleh melalui acara 100m T36 (celebral palsy), juga turut mencipta rekod terbaru dengan masa 11.87 saat. Rekod terdahulu dipegang oleh atlet Rusia, Evgeni Shvetcov dengan catatan masa 11.90 saat.

Dik Wan kemudian berjaya dapat emas kedua melalui acara 400 meter T36 (celebral palsy) semalam di Stadium Bung, Jakarta dengan catatan masa 59.36 saat.

Dekwan 5
sumber: twitter

Jurulatih Dik Wan, Jaganathan Ramasamy memberitahu bahawa keadaan jaguh pecut tu tidak berapa baik sepanjang acara berlangsung.

Menurut Jaganathan, ketika acara 400 meter tu, Dik Wan sebenarnya sedang dalam kecederaan “hamstring dan groin”.

Disebabkan kecederaan tu, Jaganathan berpesan kepada Dik Wan untuk hanya berjogging ketika acara. Dia yang dihubungi stesen Radio Era pagi tadi memberitahu,

Saya suruh dia (Dik Wan) jogging je tapi masa 100 meter terakhir dia pecut.”

Ternyata, kegigihan dan semangat Dik Wan berbaloi! Pecutan semasa 100 meter terakhir membuatkan dia berjaya peroleh tempat pertama dalam acara 400 meter T36 tu!

Dekwan 4
sumber: twitter

Lepas tu, Dik Wan tetap nak sertai acara lompat jauh meskipun dinasihatkan untuk berehat. Kira-kira jam 11.30 pagi semalam, dia beritahu jurulatih untuk join acara tu.

Kecederaan makin teruk, ada urat saraf yang putus, namun pagi semalam, pukul 11.30 pagi, dia ketuk bilik saya, dan berkata mahu juga sertai acara lompat jauh T36.”

“Doktor yang memeriksanya menasihatkan Dik Wan supaya tidak sertai acara itu kerana bimbang kecederaannya boleh menjadi semakin teruk, tapi dia tetap mahu bertanding,” katanya,” beritahu Jaganathan kepada Harian Metro.

Jaganathan berkata, tanpa sebarang latihan sebagai persiapan untuk acara lompat jauh, Dik Wan turun ke gelanggang semalam dan berjaya meraih emas. Dik Wan juga dikatakan alami kecederaan beberapa minggu sebelum temasya berlangsung namun dipantau doktor dan pasukan medik. Kuat semangat Dekwan ni kan!

Dua emas yang dimenangi Dik Wan semalam berjaya bantu Malaysia untuk duduki tempat kelapan secara keseluruhan dengan kutipan 13 emas, 18 perak dan 19 gangsa. Difahamkan, Malaysia mensasarkan untuk peroleh 15 pingat emas dalam temasya sukan ni.

Pingat
sumber: twitter

Cayalah Dik Wan! Lobak Merah ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat semua atlet para di temasya Sukan Para Asia 2018! We are proud of you!

Baca: Ini Dia Hero Kita! Bukan Saja Dapat Pingat Emas, Ridzuan Puzi Juga Pecah Rekod Dunia

Puzi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.