in

Ini Dia Hero Kita! Bukan Saja Dapat Pingat Emas, Ridzuan Puzi Juga Pecah Rekod Dunia

Puzi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salute Team Malaysia! 


Jaguh pecut paralimpik negara, Ridzuan Puzi telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan bukan saja mendapat pingat emas tetapi memecah rekod dunia menerusi acara pecut 100 meter. Yeay! 

Dpemczdvsaajliq
sumber: twitter

Menurut Berita Harian, Ridzuan yang juga pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 telah menang acara kegemarannya dalam kelas T36 dengan mencatatkan 11.87 saat pada aksi sukan tu di Stadium Gelora Bung Karno.

Ini juga bermakna Ridzuan telah pecah rekod yang dipegang atlet Rusia, Evgenii Shvetcov 11.90 saat pada Kejuaraan Dunia 2013 di Lyon, Perancis. Wow! 

 

Acara lompat jauh pecah rekod dunia juga!

Selain Ridzuan, Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh lakar sejarah negara apabila pecah rekod dunia miliknya dalam kategori T20 lepas lakukan catatan 7.64m untuk menangi pingat emas. 

Dpe2Omducaazzku
sumber: twitter

Anak jati Perlis ini sekaligus telah memadamkan rekod 7.60m yang dilakukannya ketika menangi emas di Rio dua tahun lalu dengan mengalahkan dua atlet Jepun, Kokubo Kanta dan Yamaguchi Mitsuo yang dapat pingat perak dan gangsa.

Dpe2P43U4Aacr8B
sumber: twitter

Secara keseluruhan, hingga setakat ni kontinjen negara kita telah berjaya mengumpul 6 emas dan 4 darinya daripada acara olahraga.

Tahniah Malaysia! Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan. Kita pasti boleh! 

Baca: “Ada prinsip mahu dipandang terbaik di mata Allah” – Atlit Judo OKU ‘Disqualified’ Enggan Buka Tudung

Enggak Mahu Buka Kerudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.