in

Rafizi Terlepas Hukuman Penjara

Rafizi Ramli Bafia Court 03 Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik buat saudara Rafizi kita dan penyokong-penyokongnya! Mahkamah Rayuan hari ni membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli degan bon tingkah laku baik RM10,000 selama dua tahun atas sabit kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 


Menurut Malaysiakini, Rafizi sebelum ni dijatuhkan hukuman 18 bulan sebab memiliki dan dedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1MDB pada sidang akhbar di Parlimen.

68Cf28C522C5470C91E7C9F3Bae203E3
sumber: malaysiakini

Bon tingkah laku baik itu dibenarkan 3 anggota yang diterajui Hakim Datuk Ahmadi Asnawi selepas Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud tak membantah cadangan yang dibuat peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Ahmad Kamal Nasir kemudian bertindak sebagai penjamin untuk Rafizi.

Sebelum ni, Mahkamah Sesyen dah mensabitkan Rafizi atas 2 pertuduhan OSA dan jatuhkan hukuman 18 bulan penjara dengan hukuman diperintahkan berjalan dengan segera. Rafizi jugak didapati bersalah kerana dedahkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB tapi dibebaskan daripada tuduhan miliki dokumen yang diklasifikasikan sebagai OSA.

Disebabkan hukuman tersebut, Rafizi tidak dapat pertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU14 lalu.

Syukur dan selamat maju jaya, Rafizi! 

Baca: Jamal Kantoi Lari Ke Indonesia

Wanted Jamal Yunos May Have Already Escaped To An Indonesian Island On Sunday World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.