“Selepas berfikir panjang dan melakukan perbincangan dalaman selama berbulan-bulan, kami memilih untuk melakukan peralihan tahun ini untuk memulakan peranan baru yang progresif dalam institusi ini.
“Kami berhasrat untuk meninggalkan keluarga diraja dan bekerja secara bebas sambil terus beri sokongan penuh kepada Ratu Elizabeth”
“Dengan sokongan anda semua terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami bersedia membuat perubahan ini. Kami kini merancang untuk membahagikan masa kami antara United Kingdom dan Amerika Utara, dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu”
Malah pasangan diraja itu turut menyatakan yang mereka akan berpindah ke Amerika Utara pada tahun ini.
Turut dibincangkan ialah mengenai masa depan Archie Harrison dan bagaimana untuk membesarkannya.
Putera Harry dan Meghan baru sahaja kembali ke UK selepas cuti krismas selama enam minggu di Kanada.