“Pusing balik!” – [VIDEO] Pengguna Jalan Raya Cemas, Gajah Muncul di Highway Gerik-Jeli

Tambah ke Sumber Pilihan
“Pusing balik!” – [VIDEO] Pengguna Jalan Raya Cemas, Gajah Muncul di Highway Gerik-Jeli

Meskipun bukanlah satu perkara kebiasaan tapi kejadian seperti harimau mahupun gajah yang muncul tiba-tiba di atas lebuhraya ini telah menimbulkan rasa gerun kepada pengguna jalan raya.

Terbaru menerusi perkongsian video di TikTok milik @cikyus2uttok, kelihatan pengguna lebuhraya Gerik-Jeli sedang menghadapi satu detik cemas apabila sang gajah dilihat tiba-tiba muncul di tepi jalan.


Gajah yang berjalan agak laju itu dilihat sedang menuju ke arah kenderaan yang ingin melalui highway berkenaan.

Kedengaran juga suara perakam yang berada di dalam kereta meminta pemandu untuk memusing kenderaan kerana bimbang bakal dipijak gajah.

Pusing, pusing, pusing balik!” katanya.

Video itu juga memberitahu yang pemilik video dalam perjalanan pulang ke Kampung Jeli, Kelantan ketika kejadian berlaku.

“Sereeemmm napok sebab sekali dio pijak kereto kemek wooo,” tulisnya.

“Agak-agak lepas terus pecut, tak toleh belake doh” 

Pemilik akaun TikTok itu kemudian menerusi ruang komen menjelaskan bahawa video tersebut dirakam oleh anak saudaranya dan adik iparnya yang memandu ketika kejadian.

Mereka yang terlibat walau bagaimanapun berjaya untuk mengundurkan kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

Drive KeretaSumber: TikTok

“Apa nak buat eh kalau ada dalam situasi macam ni?” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut sama merasa gerun melihat ‘Pak Belalai’ yang bimbang berubah menjadi agresif dan menyerang pemandu di jalan raya.

Ada juga yang memberi tips supaya tidak membunyikan hon untuk tidak mengejutkan haiwan berkenaan.

Apa Nak BuatSumber: TikTok

Bagi mereka yang kerap melalui highway ini, hati-hati ye gais. Bimbang pula kalau lalu malam-malam kat sini. 

Baca: “Asian mom can relate” – ‘Penat’ Kejut Anak, Ibu Gajah ‘Give Up’ Minta Tolong Penjaga Zoo!

Gajah

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Pusing balik!” – [VIDEO] Pengguna Jalan Raya Cemas, Gajah Muncul di Highway Gerik-Jeli
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pusing-balik-video-pengguna-jalan-raya-cemas-gajah-muncul-di-highway-gerik-jeli/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM