in

“Asian mom can relate” – ‘Penat’ Kejut Anak, Ibu Gajah ‘Give Up’ Minta Tolong Penjaga Zoo!

Page Gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin dan percaya hampir semua ibu-ibu di negara kita dan juga dari negara-negara Asia sekurang-kurangnya akan ada satu persamaan yang boleh kata semua boleh relate.


Contohnya macam habit kaum ibu ni kalau kejut anak-anak bangun tidur. Bila anak dah liat sangat taknak bangun tidur, tak cakap apa pun, tahu-tahu je tutup kipas, pasang lampu. Confirm celik terus mata tu!

Korang jangan terkejut kalau ibu gajah pun buat benda yang sama juga tau! Bukti ibu gajah ni dah ‘penat’ nak kejut anaknya siap panggil penjaga zoo untuk kejutkan pulak! Video ini dikongsikan oleh seorang pengguna @IsskndarAriffin di Twitter.

https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1495050419139080193?t=MOHKqevyVjoTzNxclYteJg&s=08

Dari video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan ibu gajah itu telah mengejutkan anaknya berkali-kali namun masih tidak mahu bangun sebelum bertindak ‘memanggil’ penjaga zoo yang bertugas. Seronok sangat tu dapat tidur!

“Mungkin penjaga zoo tu bapak dia?”

Video yang mendapat lebih dari 600K views dan juga berbelas ribu RT serta likes nyata mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain kerana rata-rata terhibur dan menyifatkan kejadian itu sememangnya sama kehidupan harian mereka.

Twitter Full

“Ni kalau mak kejut tak bangun, selalunya akan panggil bapak. Auto bangun punya pakej siap mandi” – Komen netizen

Malah, ada juga yang mengatakan reaksi anak gajah yang segera bangun selepas dikejutkan oleh penjaga zoo itu ibarat diri mereka ketika terdengar suara ayah mereka selepas tidak mahu bangun apabila dikejutkan oleh ibu.

Ohhh, pandai eh berlakon! Dah give up sangat gaya ibu gajah ni sampai masa penjaga zoo kejut pun dia duduk tepi je. Hahaha! 

Baca: “Kalau pembalakan sebabkan harimau keluar, kenapa gajah dan beruang tak muncul” – Timb. Menteri Besar Kelantan

Untitled 3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.