Purata Kutipan Sampah Bazar Ramadan Di Selangor Kurang 30 Tan Sehari Berbanding Tahun Lepas

Tambah ke Sumber Pilihan
Sampah Bazar Ramadan

Jumlah kutipan sampah di bazar Ramadan yang dikendalikan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) di beberapa daerah Selangor tahun ini mencatatkan pengurangan ketara kepada 40 tan sehari berbanding 70 tan sehari tahun lalu.

Memetik laporan Astro Awani, penurunan kira-kira 40 peratus ini dipercayai berpunca daripada peningkatan kesedaran masyarakat dan peniaga dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaan secara lebih berhemah sepanjang bulan Ramadan.


Screenshot 2025 03 22 At 1.11.05 Pm

Tahun ini, KDEBWM telah diamanahkan untuk menguruskan sampah di bazar Ramadan di tujuh daerah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), melibatkan 152 lokasi dengan hampir 9,832 tapak perniagaan. Berdasarkan semakan setakat 20 hari Ramadan, trend pengurangan jumlah sampah dapat dilihat di kebanyakan kawasan.

Sementara itu, KDEBWM turut bersedia memastikan pengurusan sampah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri berjalan lancar. Dengan operasi sepanjang tahun tanpa henti di semua cawangan melibatkan 12 PBT, syarikat itu akan menjalankan kutipan seperti biasa.

Screenshot 2025 03 22 At 1.10.17 Pm

Kutipan sampah di beberapa kawasan tertentu akan dilakukan lebih awal pada pagi Aidilfitri sebelum solat sunat Hari Raya bagi mengelakkan longgokan sampah yang boleh menjejaskan keselesaan penduduk.

Baca: “Saya Tak Mahu Ambil, Bukan Hak Saya” – Pemungut Sampah Syukur Dapat Tawaran Kerja Lepas Pulangkan RM13K 

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Purata Kutipan Sampah Bazar Ramadan Di Selangor Kurang 30 Tan Sehari Berbanding Tahun Lepas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/purata-kutipan-sampah-bazar-ramadan-di-selangor-kurang-30-tan-sehari-berbanding-tahun-lepas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM