in

Purata Jangka Hayat Rakyat Malaysia Menurun Kepada 73.4 Tahun Gara-gara Covid-19

Jangkaan Hayat Rakyat Malaysia Menurun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan telah mengeluarkan statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang mana membentangkan bahawa purata jangka hayat rakyat Malaysia telah dilaporkan menurun ke 73.4 tahun berbanding 74.4 tahun pada 10 tahun lepas.

Menurut Sinar Harian, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 lagi adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan kematian semasa pandemik Covid-19.


7. Kebumi

Penurunan ini juga dicatatkan pada kedua-dua jantina termasuklah kepada bukan warganegara yang tinggal di negara ini.

Perempuan hidup lebih lama berbanding lelaki 

Berdasarkan statistik berkenaan, golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.

“Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup sehingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022),” lapor jabatan itu.

Life Expectancy 2022 1

Dalam pada itu, lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun ini, dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.

Bagi lelaki dan perempuan berusia 60 tahun pada 2022, masing-masing dijangka hidup 17.5 dan 20.1 tahun lagi iaitu sehingga usia sekitar 77.5 tahun (lelaki) dan 80.1 tahun (perempuan).

Etnik Cina catat jangkaan hayat tertinggi dari bangsa lain 

Selain itu juga, etnik Cina dilaporkan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki 73.5 tahun dan perempuan iaitu 79.4 tahun.

Manakala 6 negeri mencatatkan jangkaan hayat melebihi paras nasional iaitu 73.4 tahun ialah Selangor (75.2 tahun), Wilayah Persekutuan Putrajaya (74.5 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (74.5 tahun), Sarawak (74.3 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.0 tahun) dan Sabah (73.5 tahun) pada 2022.

Life Expectancy 2022 2

Selangor pula telah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir yang tertinggi bagi 2020 hingga 2022, manakala Terengganu catat jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2020 dan 2021, sementara Kedah catat jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tahun ini.

Statistik yang dikeluarkan jabatan ini juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara kelima dalam Asean untuk jangkaan hayat di belakang Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam.

Baca: Superfan KFC Pilih Malaysia Sebagai KFC Terbaik Dunia Dari 50 Negara Yang Dikunjungi

Kfc Malaysia Paling Best Menu Di Dunia

Sumber: TRP
Sumber: TRP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.