in

Superfan KFC Pilih Malaysia Sebagai KFC Terbaik Dunia Dari 50 Negara Yang Dikunjungi

Kfc Malaysia Paling Best Menu Di Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja tentang Kentucky Fried Chicken atau KFC, korang mesti dah terbayang akan kerangupan ayam gorengnya yang dihidang bersama coleslaw dan kentang putar sebagai side dish. Sedap! 


Mula memasuki pasaran Malaysia sejak tahun 1973, KFC boleh dikatakan sebagai antara makanan kegemaran rakyat ini sejak dari dulu lagi. Tak sah kalau tak order KFC untuk event penting macam jamuan sekolah, sambutan birthday dan hidangan bersama keluarga di hujung minggu.

Kfc Malaysia

Terlalu minat dengan KFC, lelaki travel satu dunia cari cawangan terbaik 

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Kamlesh Mistry, 37, dari Watford telah dianugerahkan sebagai Superfan KFC pada tahun 2020 selepas merantau ke lebih 50 negara demi mencari KFC yang terbaik.

Menurut Daily Mail, disebabkan kegigihannya yang sanggup ke ceruk mana pun untuk mencari cawangan KFC di sesebuah negara, Kamlesh telah diberikan ganjaran ayam percuma selama setahun dari KFC! Fuhh! 

Kfc 1

Meminati KFC sejak berusia 12 tahun lagi, Kamlesh berkata minatnya untuk mengembara telah mendorongnya untuk mencari cawangan KFC setiap kali berkunjung ke satu-satu negara.

Mengembara merupakan minat saya dan ia bermula sejak saya kecil lagi di mana ibu bapa saya akan membawa kami berjalan untuk merasai budaya baru yang berbeza dari budaya asal, India-British. 

“Dari situ, bercampur pula dengan cinta saya terhadap KFC, setiap kali kami mengembara bersama rakan dan keluarga, saya akan cari cawangan KFC di negara tersebut dan bandingkan ia dengan menu di UK. 

“Begitulah bagaimana saya akhirnya makan KFC di lebih 50 buah negara dan membawa kemenangan dalam pertandingan KFC Superfan bagi tahun tersebut,” katanya.

Kfc 2

Kfc 3

KFC Kuala Lumpur cawangan terbaik, Reykjavik paling pelik 

Bila ditanya negara mana yang mempunyai KFC terbaik, Kamlesh menjawab Kuala Lumpur sebagai cawangan yang mempunyai menu paling menarik setakat ini.

Kuala Lumpur semestinya mempunyai menu paling menarik. Saya suka makanan pedas dan mereka ada banyak pilihan makanan pedas.

“Reykjavik pula antara KFC paling pelik saya pernah pergi, saya terkejut bila terjumpa satu cawangan di sana,” katanya.

Kfc 5

KFC kini mempunyai lebih 24,000 cawangan di lebih 145 negara di seluruh dunia. Diasaskan oleh Kolonel Sanders, rangkaian restoran makanan segera ini bermula di sebuah stesen minyak dekat North Corbin, Kentucky, US. KFC kini menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya.

Fuh banggalah KFC Malaysia paling best! Rasa macam nak order KFC pulak lunch nanti. 

Baca: AirAsia Terpilih Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia Kali Ke-13

Airasia

Sumber: Hype
Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.