in

“Punyalah malas sampai TV, tilam buang situ” – Netizen Jijik Lihat Keadaan Kampung Di Tawau Ni Yang Penuh Dengan Lautan Sampah

Tawau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Punyalah malas sampai TV, tilam buang situ" - Netizen Jijik Lihat Keadaan Kampung Di Tawau Ni Yang Penuh Dengan Lautan Sampah
Loading
/

Isu kebersihan dan membuang sampah di merata-rata tempat ni memang jadi isu utama yang sering dibincangkan oleh bukan saja menteri tapi personaliti terkenal seperti Maya Karin dan lain-lain.

Bukan mudah sebenarnya nak ubah mentaliti rakyat tentang pentingnya kebersihan, terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Sebagai contoh, satu situasi yang viral di Twitter mengenai sebuah kampung dekat Tawau ni.


Allahu, kotornya memang tak boleh bawa bincang lah. Korang tengoklah sendiri. 

 

“Orang dekat sini memang buang semua jenis sampah dalam laut. Sedih tengok ia berlaku sebab laut dulu jernih, boleh mandi lagi…” 

Menerusi perkongsian netizen ini, dia telah melihat situasi yang menjijikkan berlaku di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau ketika pergi kenduri kahwin. Terlalu banyak sampah yang ada di kampung itu sehinggakan korang sendiri boleh lihat orang kat sini buang TV, tilam, tuala wanita dan macam-macam lagilah kat kawasan laut tu. 

Koto 1

D5Tgqfouuaaqadl

D5Tgqfqucaazvvl

D5Tgqfquwaas7Uz

D5Tgqfquwaetost
sumber: twitter

 

“Bayangkan sampah-sampah memang sentiasa dibuang dalam laut… setiap hari setiap saat…”

Walaupun sampah kelihatan di mana-mana, mujurlah kampung tu tak berbau pulak. Cuma yang menyedihkan apabila netizen ni beritahu, sampah-sampah ni dah ke paras betis kalau cecah kaki ke dalam laut tu. Alahai… 

Koto 2

Koto 3
sumber: twitter
Buang
sumber: twitter

 

“Oh my goodness! Macam mana dorang boleh hidup dalam environment sebegini” 

Bukan saja admin, netizen lain juga macam tak percaya macam mana penduduk kampung kat sini boleh tinggal dalam situasi yang ‘sangat’ kotor macam tu. Min rasa mereka dah terbiasa agaknya sebab perkara ni pun dah jadi agak lama kan.

Awat
sumber: twitter

 

“Mostly kawasan kotor sebab dorang tak ada tempat untuk buang sampah?” 

Ts
sumber: twitter

Min harap adalah pihak bertanggungjawab turun padang dan lihat situasi yang berlaku di kampung ni. Kadang-kadang viral je tak cukup kalau tak ada pihak yang nak take action akan apa yang berlaku. 

Baca: Pekerja Tesco Terpaksa Bersihkan Sampah Sarap Bawah Rak, Netizen Soal Salah Pelanggan Atau Staf?

Tesco

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.