in

Pekerja Tesco Terpaksa Bersihkan Sampah Sarap Bawah Rak, Netizen Soal Salah Pelanggan Atau Staf?

Tesco Banyak Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam mana negara nak maju kalau rakyat kita masih ada mentaliti kelas ketiga? Buatlah apa perubahan sekali pun, semuanya takkan kekal lama sebab mentaliti macam ni.


Paling obvious, sampah dibuang merata-rata tak kira di mana. Tepi jalan, dalam sungai, laut dan boleh kata kebanyakan tempat di Malaysia ni tak bersih sebab masih ramai yang tak ubah sikap suka buang sampah sesuka hati.

Bukan tu je, kalau kedai ada sale pun bukan main lagi serbu. Lepas tu semua baju, kasut, seluar habis bersepah sana sini.

Baju Sepah
sumber: lobak merah

Siapa sangka, pasar raya kita kunjungi untuk beli barang keperluan yang kemas dan teratur tu rupa-rupanya dipenuhi sampah di tempat yang tersorok?

Viral dekat Twitter gambar seorang pekerja pasar raya Tesco tengah bersihkan sampah sarap dekat bawah rak. Korang boleh tengok betapa banyaknya bekas makanan dan minuman yang dibuang dekat bawah tu.

Sampah Tesco
sumber: twitter

Difahamkan kejadian tu berlaku dekat Tesco Setia Alam dan ramai netizen memberi komen masing-masing tentang hal ni. Menurut individu yang post gambar tu, sebenarnya sampah tu adalah daripada pelanggan yang makan atau minum dalam pasar raya tetapi tak bayar. Kira lepas makan dorang terus buang bawah tu.

Pencuri Makan
sumber: twitter

Ada netizen yang cakap sebenarnya memang banyak sampah dalam pasar raya, kadang-kadang ada yang tinggalkan kotak kosong dekat belakang rak display. Ada juga yang cerita pengalaman dorang jadi saksi nampak pelanggan lain ‘buat kerja’.

Komen Tesco

Nampak Pencuri Tesco
sumber: twitter

Tapi, ramai juga yang kata sebenarnya sampah tu semua daripada staf Tesco sendiri yang selalu makan atau minum dan buang je sampah dekat bawah rak atau belakang barang display.

Staf Tesco Makan
sumber: twitter

Bukan setakat perangai buang sampah merata, yang buat perangai makan minum tak bayar tu pun mentaliti masih low. Teruknya, bila nak ada kesedaran?

Baca: Sampai Bila Mentaliti Rakyat Kita di Takuk Ini?

Page Baju K 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.