in

Pulau Boracay dan Maya Bay Ditutup Bakal April dan Jun 2018, Ini Sebabnya

Ft 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang berhajat nak pergi bercuti kat Pulau Boracay dalam masa terdekat ni, baik korang batalkan je lah angan-angan tu sebab kami ada info penting nak disampaikan kat korang ni.


Menurut Harian Metro, kerajaan Thailand dan Filipina telah menutup pantai terkenal mereka iaitu Maya Bay dan Boracay kerana risiko terhadap pendapatan pelancongan dan pasaran kerja.

Giphy 2 1 1

Merujuk laporan tersebut, Pulau Maya Bay yang pernah terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran filem ‘The Beach’ lakonan Leonardo DiCaprio itu bakal ditutup mulai Jun 2018 ni.

Sementara tu, Filipina pula bakal menutup Pulau Boracay selama enam bulan bermula hujung April 2018 ni.

1 7
sumber: wob

Terumbu karang banyak rosak punca ditutup

“Pulau ini mempunyai ekosistem yang sangat rapuh dan tak boleh bertahan dengan kemasukan ramai pelancong, pencemaran daripada bot-bot dan hotel-hotel di persisiran pantan,” kata Thon Thamrongnasawat, pakar marin di Bangkok.

Terumbu karang rosak kerana suhu laut yang meningkat dan padat dengan orang ramai. Kadang-kadang, penutupan menyeluruh adalah satu-satunya cara untuk menyembuhkan alam semulajadi ni.”

Bd8Tpzmcmaexqtm
sumber: wob

Thon jugak memberitahu yang lebih tiga suku terumbu karang di Thailand telah rosak disebabkan peningkatan suhu laut dan aktiviti pelancongan yang tak terkawal. Alamak! 

Boracay, kolam lambakan sampah

Terdahulu, Thailand jugak pernah menutup beberapa lokasi diving terkenal di sana pada 2011 disebabkan kenaikan suhu laut secara mendadak sehingga menyebabkan terumbu karang di Lautan Andaman rosak. Kemudian pada tahun 2016, mereka terpaksa mengulang tindakan ni.

Dalam pada tu, dalam satu lawatan pada Februari 2018 lepas, Presiden Rodrigo Duterte pernah merujuk Boracay sebagai ‘kolam lambakan sampah’ kerana banyak sisa-sisa pepejal yang dibuang straight ke dalam laut dan pertambahan bangunan yang dibina dekat-dekat dengan pesisir pantai. Haih rosaklah environment pulau tu! 

Duterte Sona Epa 20160725 006
sumber: wob

Pelancongan penting tapi alam sekitar lebih penting! 

Macam mana pun, tindakan penutupan ni tak disetujui Philippine Travel Agencies kerana membahayakan 36,000 peluang pekerjaan. Adoi banyak rugi tu! 

Walau bagaimanapun, Thon back up kerajaan dengan berkata,

Pelancongan tu memang penting, tapi kita kenalah jugak jaga lokasi ini untuk generasi akan datang dan kehidupan masa depan kita,” katanya.

Ada betul gak tu! 

Nampaknya korang tak bolehlah ke tempat peranginan ni dalam masa yang terdekat. Papepun diharapkan semoga usaha kerajaan Filipina dan Thailand dalam memulihkan pulau ni berjaya dan pulau yang sedang ‘sakit’ ni kembali seperti sediakala!

Cuti-cuti kat Malaysia je lah! 🙂

Baca: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pemburu Kejam Penyu Hijau di Sabah

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.