in

Prestasi Pemain Liverpool Muslim Dipuji, Solat Dahulu Sebelum Beraksi di Padang

Salaha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain bola sepak beragama Islam bukan perkara asing dalam arena bola sepak dunia. Zinedine Zidane dan Mesut Ozil adalah antara dua nama pemain Muslim yang popular dalam dunia bola sepak. Tapi bila dah kena berlatih dan beraksi dalam banyak perlawanan setiap hari, terfikir jugak dorang ni sempat ke nak solat?

Menurut Harian Metro, pengurus kelab bola sepak terkemuka dunia Liverpool mendedahkan bahawa bintang bola sepak beragama Islam yang berada di bawah pengurusannya dibenarkan solat sebelum memulakan perlawanan.


River
sumber: the42

Pemain Liverpool solat dahulu sebelum beraksi

Pengurus bola sepak Jürgen Klopp menceritakan yang bintang bola sepak Muslim Liverpool seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Emre Can diberi ruang dan masa yang cukup untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Sebelum separuh akhir pertama Liga Juara-juara menentang AS Roma di Anfield, Klopp menyatakan bahawa dia dan pasukan sangat menghormati tuntutan agama pemain termasuk membenarkan mereka menunaikan solat.

Mohamed Salah Praying Liverpool
sumber: planet football

Datang beberapa minit lebih awal untuk solat

Salah, pemain Liverpool yang dibawa dari Mesir dikatakan akan berwuduk dan solat terlebih dahulu sebelum beraksi di padang. Klopp memaklumkan yang mereka akan datang lebih awal sebelum perlawanan supaya pemain-pemainnya mempunyai masa untuk berwuduk dan solat. Orang di sekeliling juga begitu memahami dan tak pernah mempersoal tuntutan agama pemain-pemain.

“Kami datang seminit atau dua minit lebih awal ke bilik persalinan supaya dia boleh menyediakan diri untuk perlawanan. Sama seperti Sadio Mane, Emre Can dan mereka melakukannya (solat).”

“Tiada seseorang pun menyoal, kenapa kami harus tiba lebih awal dan perlu menunggu. Itu semua normal dalam satu pasukan, seperti dalam dunia yang ideal, kami cuba saling memahami antara satu sama lain.”

Salah
sumber: tnp

Prestasi pemain beragama Islam dipuji

Meluangkan sedikit masa untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim sebelum perlawanan, prestasi Salah dipuji oleh Klopp. Katanya dia merasakan yang impak dibawa pemain itu sangat besar pada Reds.

“Dia (Salah) seorang Muslim dan dia melakukan apa yang Muslim lain lakukan sebelum perlawanan. Membersihkan diri (wuduk) dan perkara seumpamanya,” kata Klopp.

“Menakjubkan untuk melihat seorang pemuda hebat yang penuh dengan keceriaan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa persahabatan dan penuh dengan segala-galanya.”

59Ca12C32B3A7E6884000015
sumber: 90min

Awal pagi tadi Salah menjaringkan dua gol dalam perlawanan dengan Roma sekaligus membawa kemenangan besar 5-2 kepada Liverpool. Salah yang sudah meledakkan 43 gol dalam semua pertandingan bersama Reds musim ini dipilih sebagai pemenang Anugerah Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) 2017-18.

1009522
sumber: dailystar

Wow, tahniah! Dorang ada jadual yang sangat padat tapi masih sempat solat dan mampu tunjukkan prestasi cemerlang. Memang boleh jadi contoh untuk kita semua ni!

Baca: 10 Pemain Bola Sepak Tempatan Kurang Dapat Perhatian Ramai Tetapi Hebat di Padang

Yasss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.