in

“Pressure mereka!” – Tak Setuju Naikkan Umur Perkahwinan, Netizen Hantar Emel Kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sendiri Tanda Bantah!

Umur Had Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kecoh di media sosial lepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM, Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan bahawa terdapat 7 negeri yang tidak bersetuju untuk meminda naik had umur perkahwinan.


Ejtqbxivuaaps6U
sumber: malaysiakini

Negeri tersebut ialah Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan. 

Akibat daripada penolakan meminda had umur perkahwinan, netizen nampaknya telah melancarkan ‘desakan’ terhadap Jabatan Agama Islam negeri mereka sendiri supaya mengikut sama keputusan negeri lain yang setuju dengan pindaan tersebut di Twitter.

 

“Pressure MP negeri masing-masing… Hantar mereka email, atau surat. Pastikan mereka dengar suara anda” 

Menurut satu tweet yang viral, netizen ini menggesa orang ramai untuk terus pressure Jabatan Agama Islam dan MP negeri sendiri supaya mereka setuju dengan pindaan undang-undang untuk naikkan had umur perkahwinan. 

Menurutnya, pihak berkuasa negeri tu patut tahu yang rakyat negeri tersebut tak bersetuju dengan tindakan mereka dan perkara ini dilakukan untuk lindungi keselamatan anak masing-masing.

Korang boleh je emailkan aduan dan bantahan korang ke emel jabatan agama negeri-negeri di bawah. Mana tahu kalau mereka take note luahan korang kan? 

 

“Saya dari Kelantan dan bantah 100% perkahwinan bawah umur” 

Nampaknya tweet ini mendapat sambutan ramai apabila beberapa netizen mula menyahut cabaran untuk menghantar emel kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Salah satunya dari Kelantan dan Negeri Sembilan macam kat bawah ni. Fuh beraninya korang!

 

“Minta sesiapa buat petition. Nak mengundi ni!” 

Sungguhpun isu ini masih dalam perancangan dan proses perlaksanaan, rata-rata netizen kat luar sepertinya sudah tak senang duduk bila mengetahui ada di antara negeri yang menolak pindaan tersebut.

Ramai yang bengang siap tanya kenapa negeri sendiri tak mahu terima pindaan had umur perkahwinan ni?

Hahaha
sumber: twitter

Kalau korang juga tak bersetuju dengan keputusan negeri masing-masing, maybe boleh cubalah cara ni. Mana tahu negeri korang berubah fikiran dan nak naikkan had umur perkahwinan kan?

Baca: “Negeri yang tak setuju nak galakkan pedofil ke?” – 7 Negeri Tidak Setuju Larang Perkahwinan Bawah Umur

Wawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.