in

“Negeri yang tak setuju nak galakkan pedofil ke? – 7 Negeri Tidak Setuju Larang Perkahwinan Bawah Umur

Feature Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah hangat diperdebat mengenai had umur perkahwinan. Ada yang bersetuju bahawa tidak salah untuk berkahwin walaupun di bawah umur jika pasangannya itu mampu untuk menanggung dan membimbingnya. Sampai ke sudah tak habis debat pasal ni.


Baru-baru ni, Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.

Dr Ajijah
Sumber: twitter

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata draf itu akan membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

“Kerajaan telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk mengekang perkahwinan bawah umur iaitu melalui perundangan dan mengenal pasti punca-punca berlakunya perkahwinan bawah umur.

“Undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum syarak, perkahwinan dan adat negeri, adalah terletak di bawah bidang kuasa Negeri dalam jadual Kesembilan, Bahagian Dua – Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambahnya lagi, undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum Syarak, perkahwinan dan adat negeri, adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Namun begitu, terdapat lima negeri yang telah bersetuju untuk meminda iaitu Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, dan Sabah.

Manakala 7 lagi negeri tidak bersetuju untuk meminda perundangan iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, dan Sarawak.

Wan Azizah turut berkata, sehingga kini hanya negeri Selangor yang telah meminda enakmen berkenaan sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.

Kerajaan persekutuan masih memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Draf pindaan sedang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Manakala Enakmen / Ordinan Undang-undang dan had umur minimum perkahwinan hanya boleh dipinda sekiranya negeri-negeri bersetuju dengan cadangan pindaan tersebut,” katanya.

Tambahnya, bagi mereka yang bukan beragama islam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada keperluan untuk meminda peruntukkan berkaitan had umur pendaftaran perkahwinan kerana had umur minumum untuk berkahwin bagi lelaki dan perempuan ada 18 tahun.

“Undang-undang sedia ada telah diperuntukkan dengan jelas had umur minimum pendaftaran perkahwinan bagi lelaki dan perempuan adalah 18 tahun.

“Pengecualian hanya diberikan kepada perempuan berumur 16 dan 17 tahun yang perlu mendapat kebenaran daripada ketua menteri atau menteri besar,” katanya.

Ramai juga netizen yang mempertikaikan mengenai keputusan 7 buah negeri yang tidak bersetuju mengenai perkara ini.

 

Dladkal
Sumber: twitter

 

Gdhsds
Sumber: twitter

 

Jjdisdsf
Sumber: twitter

Admin harap, 7 negeri yang sekarang ni tak setuju supaya berubah fikiran untuk setuju dalam mengubah had umur perkahwinan ke umur 18 tahun.

 

Baca: “Muda-muda dah dapat calon” – Netizen Jeles Tengok Budak 14 Tahun Berkahwin Gadis Cantik Umur 21 Tahun!

Kahwin Muda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.